Rabu, 12 Julai 2017 | 9:50pm

FGV lantik 2 Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif

ABU Bakar Harun.
ABU Bakar Harun.

KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) melantik Datuk Abu Bakar Harun dan Ab Ghani Mohd Ali sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif, berkuat kuasa hari ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV turut melantik Datuk Muzzammil Mohd Nor sebagai Pengarah Gantian Bukan Bebas Bukan Eksekutif.

Abu Bakar, 56, sebelum ini menyandang tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA Negeri Pahang manakala Ab Ghani, 59, adalah Pemangku Pengarah Besar Felda.

Muzzammil, 45, pula berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Besar (Pengurusan) FELDA. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X