Khamis, 13 Julai 2017 | 10:02am

Ringgit catat kenaikan berbanding dolar

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila mata wang republik itu susut selepas kenyataan kongres oleh Pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen, yang menyebabkan penurunan pulangan Perbendaharaan AS.

Pada jam 9.08 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.2860/2900 berbanding penutup semalam 4.2920/2950.

Bagaimanapun, kenaikan dihadkan oleh sedikit penurunan harga minyak. - BERNAMA

Berita Harian X