Isnin, 26 Januari 2015 | 3:22pm

Anifah, Menteri Luar Indonesia berbincang di Kota Kinabalu

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman (kanan) ketika beramah-mesra bersama Menteri Luar Negeri Indonesia, Retno L.P Marsudi (kiri) pada pertemuan dua hala sempena Pemukiman Menteri-Menteri Luar Negeri 2015 di Kota Kinabalu, hari ini. Majlis pemukiman tersebut akan bermula dari 26-28 Januari 2015. - Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan rakan sejawatannya dari Indonesia, Retno Marsudi mengadakan mesyuarat dua hala di sini hari ini.

Mesyuarat itu berlangsung kira-kira sejam di Hotel Le Meridien di sini.

Mereka diiringi Duta Besar Indonesia di Malaysia, Herman Prayitno dan pegawai kanan dari kedua-dua negara.

Retno sedang dalam lawatan rasmi ke Malaysia dari semalam hingga hari ini sebelum menghadiri Pemukiman Menteri Luar ASEAN 2015 di sini esok sehingga Rabu ini.

Kunjungan ini adalah lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia selepas beliau dilantik sebagai Menteri Luar Indonesia pada 27 Oktober tahun lepas.

Wisma Putra, dalam satu kenyataannya semalam, menyatakan lawatan itu akan memberikan peluang yang amat baik untuk kedua-dua menteri bertukar-tukar pandangan dan membincangkan hubungan dua hala dan isu serantau untuk kepentingan bersama, serta mengukuhkan lagi kerjasama sedia ada antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.

- BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X