Isnin, 26 Januari 2015 | 7:26pm
KETUA Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad (kiri) bersama Deputi Superintendan Wan Azlan Wan Mamat (dua dari kiri) menyoal pendatang asing yang di tahan dalam Ops Cantas Khas di Ibupejabat Polis Daerah Kulim di sini hari ini. - Foto Azhar Hashim

Polis Kulim tahan 37 PATI dalam serbuan ke atas rumah kongsi

KULIM: Polis menahan 37 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) termasuk tiga wanita dalam serbuan ke atas rumah-rumah kongsi di tapak pembinaan perumahan dalam "Operasi Cantas Khas" bermula 11 malam semalam hingga 6 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, mereka yang ditahan merupakan warga Indonesia dan Myanmar yang tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah.

Turut ditahan di dalam operasi itu katanya, seorang lelaki tempatan berhubung kes narkotik melibatkan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 di Kampung Gajah, Kluang, Johor pada tahun 2009.

Beliau berkata, operasi bermula semalam dan berakhir pagi ini dijalankan di Sungai Kob, Sungai Karangan dan Mahang, terutama di kawasan projek perumahan.

Turut sama menyertai operasi yang diketuainya anggota-anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Operasi terbabit kata Abdullah, dilaksanakan berikutan berlakunya kes-kes jenayah seperti samun, culik, bunuh dan lain-lain, melibatkan warga Mynmmar yang sering berlaku kawasan ini. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X