X
Khamis, 29 Januari 2015 | 12:39pm

Sharapova tempah tiket final Terbuka Australia

PEMAIN tenis Russia, Maria Sharapova ketika meraikan kemenangan di peringkat separuh akhir Terbuka Australia 2015 menewaskan Ekatarina Makarova, hari ini. - Foto EPA
PEMAIN tenis Russia, Maria Sharapova ketika meraikan kemenangan di peringkat separuh akhir Terbuka Australia 2015 menewaskan Ekatarina Makarova, hari ini. - Foto EPA

MELBOURNE: Bintang tenis Russia yang juga pilihan kedua, Maria Sharapova melangkah ke final Grand Slam Terbuka Australia dengan kemenangan straight set 6-3, 6-2 ke atas pilihan ke-10, Ekaterina Makarova, hari ini.

Sharapova yang juga pemenang lima gelaran Grand Slam dijadualkan bertemu salah seorang daripada pemain Amerika Syarikat, Serena Williams atau Madison Keys di pentas final.

Dalam pertemuan separuh akhir bertemu Makarova, Sharapova, 27 yang juga juara 2008 mengakui kemenangan ke atas rakan senegaranya itu sebagi 'istimewa' yang juga tiket penampilan keempatnya di pentas final Australia.

"Bermain dengan rakan senegaranya dari Russia dan bermain dengan seseorang yang bukannya pilihan untuk mara ke separuh akhir, saya tahu dia akan tampil dan bermain dengan amat baik," kata Sharapova.

"Saya sudah bersedia untuknya dan kekal bermain dengan cara saya dan bersaing dengan baik," katanya.

Kemenangan di Rod Laver Arena itu menyaksikan Sharapova meneruskan rekod kemenangan kepada 5-0 ke atas Makarova. - AFP

Berita Harian X