Khamis, 12 Februari 2015 | 1:28pm
KEADAAN paras air di kampung Pengkalan, semalam. - Foto Kuap IHSAN Bomba

Banjir Sarawak: 134 masih di pusat pemindahan

SAMARAHAN: Seramai 134 orang daripada 44 keluarga dari Kampung Semera, Asajaya di sini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Kelali setakat jam 10.30 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Samarahan Azman Julaihi, berkata penduduk mula dipindahkan secara berperingkat sejak jam 7.50 petang semalam hingga jam 1 pagi tadi.

Katanya, hujan lebat sejak kelmarin menyebabkan rumah mereka dinaiki air antara 0.5 hingga 1 meter.

"Walaupun masih hujan, air mula surut tetapi mereka masih ditempatkan di PPS sebagai langkah keselamatan.

"Bomba turut melakukan pemantauan di beberapa kawasan berisiko banjir lain, " katanya.

Berita Harian X