Isnin, 16 Februari 2015 | 10:24am

Bursa teruskan momentum positif dalam awal dagangan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia hari ini meneruskan momentum positif minggu lalu untuk dibuka tinggi dengan tumpuan kepada saham minyak dan gas, kata peniaga.

Hingga jam 9.38 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pada 1,805.06, naik 4.11 mata selepas dibuka naik 3.99 mata kepada 1,804.94 mata.

"Paras rintangan utama masih pada tahap tertinggi 4 Februari lalu 1,831, sepadan dengan paras purata 200 hari manakala sokongan terdekat pada 1,778," kata seorang peniaga.

Pada papan skor, Indeks FBM Emas naik 17.59 mata pada 12,445.93, Indeks FBMT100 naik 15.551 mata kepada 12,123.15, Indeks FBM Emas Syariah naik 11.36 mata kepada 12,940.92, FBM ACE naik 25.14 mata kepada 6,438 manakala FBM70 susut 1.36 mata kepada 13,501.92.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 270 berbanding 128 manakala 217 kaunter tidak berubah, 1,156 tidak diniagakan dan 12 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 483.1 juta saham bernilai RM391.68 juta.

Antara kaunter aktif, Witoni dan KNM masing-masing naik setengah sen kepada 10.5 sen dan 72.5 sen, Perisai Petroleum naik dua sen kepada 69 sen.

Dalam kalangan saham mewah, Maybank tidak berubah pada RM9.19, TNB susut 16 sen kepada RM13.78 dan Public Bank susut dua sen kepada RM18.52. - BERNAMA

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X