Sabtu, 21 Februari 2015 | 3:55pm

Tanah perkuburan Cina terbakar di Georgetown


DUA anggota bomba menunjukkan kesan baju lama yang dipercayai dibakar sehingga menyebabkan kawasan tanah perkuburan cina seluas dua hektar di Jalan Batu Lanchang, Jelutong yang musnah dalam kebakaran tengah hari tadi. - Foto Rudy Syareme Sheriffudin

GEORGETOWN: Sebuah tanah perkuburan Cina seluas dua hektar di Jalan Batu Lanchang di sini, musnah dalam kejadian kebakaran tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, api dipercayai berpunca dari kawasan pembakaran baju lama berdekatan tanah perkuburan itu, sebelum merebak pantas disebabkan faktor angin dan cuaca panas.

Jurucakap bomba, berkata kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh setengah jam berikutan faktor angin kuat di lokasi kejadian.

"Maklumat daripada orang awam mendakwa ada pihak yang melakukan pembakaran baju lama di kawasan berdekatan perkuburan ini dan ia kemungkinan menyebabkan api marak ke kawasan kubur.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kebakaran dianggarkan seluas dua hektar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Berita Harian X