Isnin, 1 September 2014 | 12:01pm
ROGER Federer mengembalikan bola kepada Marcel Granollers dalam aksi di Stadium Artur Ashe, New York, pagi tadi. - Foto AP
ROGER Federer mengembalikan bola kepada Marcel Granollers dalam aksi di Stadium Artur Ashe, New York, pagi tadi. - Foto AP
AKSI Marcel Granollers ketika bertemu Roger Federer di sini, hari ini. - Foto AP
AKSI Marcel Granollers ketika bertemu Roger Federer di sini, hari ini. - Foto AP

Federer mara pusingan keempat Terbuka AS

ROGER Federer mara ke pusingan keempat tenis Terbuka AS selepas menewaskan Marcel Granollers di sini, pagi ini. - Foto Reuters
ROGER Federer mara ke pusingan keempat tenis Terbuka AS selepas menewaskan Marcel Granollers di sini, pagi ini. - Foto Reuters

NEW YORK: Raja Grand Slam, Roger Federer bangkit untuk mara ke pusingan keempat tenis Terbuka AS selepas menewaskan pemain Sepanyol, Marcel Granollers 4-6 6-1 6-1 6-1 di sini, pagi ini.

Lawan ranking ke-42 itu membuat kejutan apabila mendahului pilihan kedua dari Switzerland itu 5-2 apabila hujan lebat dan kilat memaksa perlawanan pada tengah hari itu ditangguh di Stadium Artur Ashe.

Selepas permainan disambung beberapa jam kemudian, Federer - juara Grand Slam 17 kali - tewas pada set pertama bangkit lebih garang dan menang mudah pada tiga set berikut.

"Saya kembali ke dalam permainan selepas Marcel memberi cabaran sengit. Dia hebat pada mulanya," kata pemain berusia 33 tahun itu.

"Saya gembira waktu rehat bantu saya menyusun semula permainan dan dapat memberi aksi terbaik."

Juara lima kali Terbuka AS itu akan menentang pemain pilihan ke-17, Roberto Bautista Agut dari Sepanyol yang terdahulu menewaskan pemain Perancis, Adrian Mannarino 7-5 6-2 6-3.

Tanpa musuh tradisinya, Rafael Nadal yang tercedera, ini mungkin peluang terbaik untuk Federer menambah koleksi trofi Grand Slam. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X