Ahad, 1 March 2015 | 10:06pm

Semua dana 1MDB sudah dibayar balik - PetroSaudi

KUALA LUMPUR: PetroSaudi International (PetroSaudi) sudah membayar balik semua dana kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan kedua-dua pihak tiada lagi hubungan kewangan atau perundangan.

Dalam satu kenyataan hari ini, PetroSaudi menegaskan semua dana 1MDB sebelum ini pergi kepada entiti miliknya dan sebarang andaian lain adalah palsu.

"Selepas 1MDB keluar, PetroSaudi telah membayar 1MDB dengan penuh dan kedua-dua pihak tidak lagi mempunyai sebarang hubungan kewangan atau perundangan," menurut kenyataan syarikat penerokaan dan pengeluaran minyak itu.

Kenyataan itu sebagai menjawab laporan berbentuk fitnah media tertentu berhubung kerja sama antara PetroSaudi dan 1MDB.

Sehubungan itu, PetroSaudi menegaskan ia sedang mendapatkan nasihat guaman untuk tindakan sewajarnya bagi menangani tuduhan jahat dan fitnah itu.

Berita Harian X