Selasa, 3 March 2015 | 12:20pm

SPM 2014: 952 calon cemerlang di Pulau Pinang

DATUK Osman Hussain (kanan) berkata sesuatu kepada calon SPM 2014 SMJK Jit Sin Bukit Mertajam yang mendapat 10A+ selepas pengumuman keputusan SPM 2014 di sekolah itu di sini hari ini. - Foto Danial Saad

BUKIT MERTAJAM: Seramai 952 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 di Pulau Pinang meraih keputusan cemerlang dengan memperoleh gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Osman Hussain, berkata sebanyak 36 sekolah di negeri ini mempunyai calon yang mencatat keputusan cemerlang dengan memperoleh pangkat A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Beliau berkata, Gred Purata Negeri (GPN) SPM 2014 ialah 4.83 iaitu turun sebanyak 0.1 peratus berbanding 2013 iaitu sebanyak 4.82.

CALON SPM di SMJK Jit Sin Bukit Mertajam gembira apabila sekolah mereka muncul tempat pertama mendapat GPN terbaik bagi negeri Pulau Pinang selepas pengumuman keputusan SPM 2014 di sekolah itu di sini hari ini. - Foto Danial Saad

"GPN negeri sedikit menurun berbanding tahun sebelumnya namun jumlah yang mendapat gred A+ meningkat 36 orang berbanding 25 orang pada 2013," katanya pada sidang media di sini sebentar tadi.

Seramai 24, 258 calon di Pulau Pinang mengambil SPM tahun lalu di 200 pusat peperiksaan di seluruh negeri.

Berita Harian X