Isnin, 1 September 2014 | 6:44pm

ADUN Seri Delima ditahan polis

ADUN Seri Delima, RSN Rayer. - Foto Ramdzan Masiam

GEORGETOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS).

Rayer ditahan kira-kira jam 6 petang tadi ketika sedang berada di dalam Ibu Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut untuk membantu 135 anggota PPS yang direman.

Penahanan Rayer yang juga seorang peguam disahkan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid.

Berita Harian X