Jumaat, 6 March 2015 | 2:53pm

Saham KL rendah pada tengah hari

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi hari ini dengan dagangan rugi susulan kemunculan pengambilan untung untuk mengurangkan kenaikan awal dalam saham berwajaran tinggi terpilih, kata peniaga.

Pada rehat tengah hari, petunjuk FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurang 2.33 mata kepada 1,803.76, selepas bergerak antara 1,799.80 dan 1,809.65 sepanjang sesi pagi.

Pada papan skor, Indeks FBM Emas susut 8.61 mata kepada 12,420.78, Indeks FBMT100 turun 13.43 mata kepada 12,100.02, Indeks FBM Emas Syariah jatuh 15.32 mata kepada 13,019.86, FBM 70 berkurang 6.26 mata kepada 13,393.02 manakala FBM Ace naik 75.42 mata kepada 6,557.70.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan susut 6.96 mata kepada 3,310.20, Indeks Perladangan turun 14.56 mata kepada 7,919.90 manakala Indeks Kewangan menokok 11.61 mata kepada 15,940.04.

Di pasaran utama, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 326 berbanding 303 dengan 324 kaunter tidak berubah, 808 kaunter tidak diniagakan dan 20 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.04 bilion saham bernilai RM816.48 juta.

Bursa Malaysia Securities mengemukakan pertanyaan mengenai aktiviti pasaran luar biasa kepada Cybertowers memandangkan kenaikan harga dan jumlah dagangan bagi saham syarikat yang diniagakan.

Kaunter itu antara yang aktif pada sesi pagi, meningkat 2.5 sen kepada 10 sen dengan 50.29 juta saham bertukar tangan.

Dagangan aktif lain termasuk ETI Tech, yang meningkat 1.5 sen kepada 10 sen, KNM Group naik 2.5 sen kepada 75.5 sen manakala Netx Holdings untung setengah sen kepada 7.5 sen namun Ingenuity turun dengan margin yang sama kepada 7.5 sen.

Bursa Malaysia turut menggantung urus niaga bagi saham Brahim Holdings Bhd pada 10.12 pagi bagi menunggu pengumuman.

Bagi saham berwajaran tinggi, Maybank, TNB dan Sime Darby masing-masing tidak berubah pada RM9.21, RM14.64 dan RM9.32, manakala Public Bank menokok dua sen kepada RM18.64.

- BERNAMA

Berita Harian X