Selasa, 10 March 2015 | 12:15am
PELAKON, Nabila Huda Suhaimi bersama anaknya Keisha Laila. - Foto Rohanis Shukri.
PELAKON, Nabila Huda Suhaimi bersama anaknya Keisha Laila. - Foto Rohanis Shukri.
PELAKON, Nabila Huda Suhaimi bersama anaknya Keisha Laila. - Foto Rohanis Shukri.
PELAKON, Nabila Huda Suhaimi bersama anaknya Keisha Laila. - Foto Rohanis Shukri.
PELAKON, Nabila Huda Suhaimi bersama anaknya Keisha Laila. - Foto Rohanis Shukri.

Imej seksi tak pengaruhi anak: Nabila

PELAKON, Nabila Huda Suhaimi bersama anaknya Keisha Laila. - Foto Rohanis Shukri.

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nabila Huda yang sering dikaitkan dengan imej seksi menganggap sikap terbukanya tidak memberi kesan buruk kepada anak tunggalnya, Keisha Laila, 5, yang makin membesar.

Mesra dengan panggilan Abil, anak kepada penyanyi rock terkenal Amy Search itu menganggap sikap terbukanya itu tidak memberi kesan buruk kepada anak tunggalnya menerusi hasil perkahwinan dengan bekas suaminya, Zaidi Zailani.

Nabila juga enggan mengulas lanjut mengenai peri lakunya yang dikatakan boleh memberi pengaruh negatif kepada anaknya itu.

"Saya rasa tak perlu untuk saya tunjuk kebaikan saya dengan anak saya. Biarlah urusan ini antara saya dan anak saya saja, namun yang pasti semestinya saya inginkan yang terbaik untuk Keisha.

"Setiap perempuan yang sudah melahirkan anak secara semula jadinya akan mempunyai naluri keibuan kecuali mereka yang membuang anak mereka dan sebagainya.

"Saya mempunyai cara tersendiri untuk membesarkan anak saya," kata Nabila kepada BH Online.

PELAKON, Nabila Huda Suhaimi bersama anaknya Keisha Laila. - Foto Rohanis Shukri.

Pada Jun tahun lalu, umum mengetahui mengenai kekeruhan hubungan keluarga Nabila dengan Amy Search selepas dia ditegur bapanya di laman sosial Instagram mengenai hubungannya dengan seorang lelaki dipercayai kekasihnya.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila Nabila pula mengeluarkan komen di laman sosial Twitter dan meminta penjelasan daripada bapanya secara terbuka dan dengan beraninya mendakwa Amy telah merosakkan hidupnya lagi.

Mengenai kehidupan dengan anaknya itu, Nabila berkata, prinsipnya jelas iaitu setiap ibu atau bapa mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak-anak namun dia memilih untuk membesarkan anaknya sebagai teman baik.

"Saya menganggap Keisha seperti 'best friend' (rakan karib) saya dan bukan sejenis mak yang marah anak sepanjang masa. Bagi saya komunikasi itu begitu penting dan saya menerangkan kepada Keisha kesan tindak-tanduk dalam apa yang dilakukan," katanya.

PELAKON, Nabila Huda Suhaimi bersama anaknya Keisha Laila. - Foto Rohanis Shukri.

Wanita berusia 30 tahun itu berkata, beliau bertuah kerana mempunyai seorang anak yang pandai berdikari seperti Keisha.

Malah Nabila berpendapat yang anaknya lebih matang dari segi pemikirannya kerana dia menggalakkan anaknya untuk bergaul dengan orang ramai.

"Saya bertuah kerana Keisha ini cepat faham jika saya menerangkan sesuatu kepadanya. Pernah satu insiden Keisha tertumpah air, saya ke dapur mengambil kain lalu mengelap tumpahan itu tanpa berkata apa-apa.


"Namun Keisha sendiri rasa bersalah dan meminta maaf kepada saya. Dia sendiri yang rasa bersalah dan duduk hampir satu jam di tempat yang dia tumpahkan air itu," kata Nabila sambil tersenyum bercerita mengenai keletah anak perempuannya itu.

Keisha adalah anak hasil perkahwinan selama hampir tiga tahun Nabila dengan Zaidi yang berakhir dengan penceraian.

Ditanya mengenai hak penjagaan, Abil berkata, mahkamah menetapkan mereka diberikan hak sama rata iaitu menjaga Keisha selang seminggu.

Hasil perbincangan bersama dengan bekas suaminya itu, Keisha akan tinggal bersamanya dari Isnin hingga Jumaat manakala Zaidi pula akan bersama Keisha pada hujung minggu.

PELAKON, Nabila Huda Suhaimi bersama anaknya Keisha Laila. - Foto Rohanis Shukri.

"Keisha sudah ke sekolah pada tahun ini dan lebih mudah untuk Keisha tinggal bersama saya kerana sekolah juga dekat. Tidak seperti kanak-kanak lain yang menangis nak ke sekolah, Keisha begitu riang sekali jika ke sekolah.

"Lagipun atuknya (Amy Search) turut tinggal di kawasan sama...jadi mudahlah kalau apa-apa atuknya ada untuk membantu saya," katanya.

Nabila turut mengulas mengenai gerbang perkahwinan baharunya, namun beliau mengakui belum mempunyai sebarang tarikh serta perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

"Setiap wanita pasti impikan perkahwinan yang indah. Tidak mungkin saya akan berkahwin dalam masa yang terdekat kerana semuanya memerlukan wang, tapi saya berharap agar semua mendoakan yang terbaik untuk saya," katanya.

Mengenai aktiviti seninya, Nabila bakal memulakan penggambaran filem arahan Syamsul Yusof berjudul Munafik yang turut membariskan Pekin Ibrahim sebagai teraju utama.

"Tahun ini, saya ingin fokus kepada filem dan telefilem kerana sebelum ini saya banyak menerima tawaran untuk drama bersiri. Saya turut teruja untuk kembali bekerjasama dengan Syamsul kerana yang terakhir dulu adalah filem Bohsia," kata Nabila mengakhiri perbualan.

Berita Harian X