Sabtu, 14 March 2015 | 12:04am
FIESTA Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2015 yang bermula kelmarin sehingga Ahad ini menampilkan lebih 21 belon udara panas pelbagai bentuk. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

ORANG ramai tertarik melihat belon berbentuk kepala Ton Rentier dari Belanda semasa menyaksikan Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2015 yang menampilkan belon udara panas pelbagai bentuk dan warna. Fiesta tahunan edisi ketujuh itu menarik penyertaan dari Amerika Syarikat, Korea, Perancis, Belanda, Belgium, Australia, Thailand, Sepanyol, Filipina dan Malaysia. - Foto BERNAMA

Melayang di ruang udara Putrajaya

BELON udara panas menghiasi ruang udara Putrajaya sempena Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2015 semalam. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Menyaksikan pemandangan indah dari udara sememangnya sesuatu yang menenangkan, sama ada kita melihatnya dari tingkap pesawat atau pun bangunan tinggi.

Tetapi bagaimana pula jika menikmati pemandangan itu dari sebuah belon udara panas, dengan merasai sendiri keseronokan 'penerbangan' itu dan pada masa yang sama, melihat banyak lagi belon udara panas lain yang berwarna-warni berterbangan berdekatan antara satu sama lain di udara.

Itulah pengalaman menarik yang dilalui penulis dan beberapa rakan media lain ketika diberi peluang menaiki pengangkutan udara tertua di dunia itu pada Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya Ke-7 di Presint 2 di sini, yang berlangsung dari 12 hingga 15 Mac ini.

FIESTA Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2015 yang bermula kelmarin sehingga Ahad ini menampilkan lebih 21 belon udara panas pelbagai bentuk. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Pada tahun ini, 21 peserta dari dalam dan luar negara mengambil bahagian dalam acara tahunan itu yang dianjurkan AKA Balloon bersama Perbadanan Putrajaya (PPj).

Bermula jam 7.15 pagi, kami diberi peluang melihat secara dekat proses mengembangkan 'envelope' belon udara panas. Nampak mudah, tetapi sebenarnya hanya mereka yang terlatih sahaja dapat melakukannya dengan sempurna.

Juruterbang belon udara panas, Betty Brown Bauwens, dari Utah, Amerika Syarikat (AS), berkata proses yang dikenali sebagai 'inflation' itu selalunya mengambil masa antara 15 hingga 20 minit, di mana api akan dinyalakan pada pembakar menggunakan gas petroleum cecair (LPG) dan kemudian dihalakan ke skirt 'envelope'.

Katanya, sebagai langkah persediaan, sebanyak tiga tong gas LPG perlu dibawa bersama dan setiap tong gas seberat 20 kilogram itu boleh membekalkan gas untuk setengah hingga satu jam perjalanan.

PENULIS (empat dari kiri) bergambar bersama juruterbang dan kru belon udara panas pada Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2015 di Putrajaya semalam. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Penulis berpeluang menaiki belon udara panas milik Betty dan suaminya yang juga seorang juruterbang, Michael Bauwens. Bersama seorang jurugambar, penerbangan kami dikemudi oleh Michael dan pembantunya, Le Trong Nghia.

Proses untuk menaikkan belon udara panas ini tidak mengambil masa yang lama namun agak mendebarkan, lebih-lebih lagi apabila berada dalam bakul yang boleh dikategorikan agak kecil dan melihat belon itu naik sedikit demi sedikit meninggalkan daratan.

Bagaimanapun, kerisauan itu tidak lama kerana semakin tinggi belon itu naik, semakin luas pemandangan indah di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang dapat kami lihat dari udara.

BELON udara panas pelbagai bentuk dan warna menghiasi ruang udara Putrajaya sempena Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2015 semalam. - BERNAMA

Penerbangan yang mencapai ketinggian 100 meter dari aras tanah itu membawa kami melintasi beberapa bangunan yang menjadi mercu tanda Putrajaya, termasuk Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Jambatan Seri Saujana dan Yayasan Kepimpinan Perdana.

Apa yang menarik perhatian, semua belon udara panas lain berterbangan di sekeliling kami dan ruang udara diwarnai pelbagai corak dan bentuk. Keadaan cuaca yang amat baik dan matahari yang semakin tinggi menambah keindahan pemandangan di ruang udara Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Bagi 'menakutkan' kami, juruterbang membawa belon berkenaan begitu dekat dengan pokok selain benar-benar hampir mencecah permukaan Tasik Putrajaya.

Agak membimbangkan kerana mungkin boleh mengundang kemalangan, namun bagi Michael yang mempunyai pengalaman lebih 40 tahun mengemudi pengangkutan itu, ia adalah elemen keseronokan yang perlu diselitkan untuk penumpangnya.

Bagi memastikan penerbangan berjalan lancar, pembakar akan dinyalakan setiap beberapa minit bagi memastikan udara panas sentiasa memenuhi ruang 'envelope'.

Perjalanan hampir satu jam itu akhirnya sampai ke penghujung apabila belon yang kami dinaiki memasuki kawasan Cyberjaya.

Juruterbang membawa kami mendarat di sebuah tanah lapang dan sekali lagi, ia menguji keberanian. Jika anda pernah berasa takut ketika pesawat cuba mendarat, kali ini perasaannya lebih mencemaskan.

FIESTA Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2015 yang bermula kelmarin sehingga Ahad ini menampilkan lebih 21 belon udara panas pelbagai bentuk. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Namun, seperti yang dijangka, pendaratan atau dikenali sebagai 'deflation' dapat dilakukan dengan jayanya oleh Michael, sebelum 'envelope' berkenaan dilipat dengan rapi dan dibawa kembali ke tapak pelepasan.

Sementara itu, ketika menceritakan pengalamannya selama lebih 20 tahun sebagai juruterbang belon udara panas, Betty berkata, beliau dan suaminya menyertai pesta belon udara di banyak negara setiap tahun.

"Dua minggu lalu, kami di Hatyai, Thailand untuk menyertai pesta seperti ini dan sebelum itu, kami di Eropah termasuk Perancis dan Jerman, selain empat pesta yang wajib kami sertai setiap tahun di Utah.

"Antara pesta terbesar yang pernah kami sertai adalah di Mexico yang membabitkan lebih 200 belon udara panas," katanya.

Beliau turut menyatakan rasa kagum dengan keindahan persekitaran dan struktur bangunan di Putrajaya yang disifatkannya amat unik dan belum pernah dilihat sebelum ini.

"Ini pemandangan memandu belon udara panas yang lain daripada biasa kerana di sini, kami dapat melihat hijau di sekeliling bangunan yang mempunyai reka bentuk yang cantik. Orang Malaysia juga ramah dan kami memang suka mencari kawan baharu," katanya.

Berita Harian X