Ahad, 15 March 2015 | 2:19pm
DUA pesawat Jupiter Aerobatic Team terhempas ketika melakukan latihan aerobatik sempena LIMA '15. - Foto Ihsan pembaca

DUA juruterbang pesawat Jupiter Aerobatic Team berjaya kelaur dari pesawat menggunakan payung terjun. - Foto Ihsan pembaca
KEADAAN pesawat yang terhempas.
JURUTERBANG berjaya diselamatkan oleh anggota Bomba dan penyelamat.

2 pesawat Jupiter Indonesia terhempas ketika latihan aerobatik LIMA '15

LANGKAWI: Dua pesawat Jupiter Aerobatic Team, Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) terhempas ketika melakukan latihan aerobatik sempena LIMA '15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini, sebentar tadi.

Nahas kira-kira jam 2 petang itu berlaku ketika sekumpulan enam pesawat jenis KT-1B itu sedang melintasi ruang udara MIEC, sebelum dua daripadanya berselisih dan terbabas.

Kedua-dua pesawat kemudian dilihat terhempas di luar kawasan lapangan terbang, disusuli api dan kepulan asap.

Beberapa saksi melihat juruterbang dan pembantu juruterbang sempat melompat keluar dengan payung terjun sebelum pesawat terhempas.

Pasukan penyelamat turut dikejarkan ke dua lokasi pesawat terhempas.

Pihak keselamatan kemudian mengesahkan keempat-empat juruterbang dan pembantu juruterbang berkenaan selamat.

Berita Harian X