Ahad, 15 March 2015 | 11:58pm

Chelsea hampa diikat Southampton 1-1

PEMAIN Chelsea, Eden Hazard (kanan) bersaing dengan pemain Southampton, James Ward-Prowse dalam saingan Liga Perdana Inggeris, di Stamford Bridge, malam tadi. - Foto AP

LONDON: Chelsea membuka jarak pendahuluan kepada enam mata selepas seri 1-1 menentang Southampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, malam ini.

Diego Costa membuka tirai jaringan untuk tuan rumah pada minit ke-11 dari tandukan jarak dekat tetapi Southampton berhak menyamakan kedudukan lapan minit kemudian menerusi sepakan penalti Dusan Tadic.

Southampton mendominasi permainan sepanjang babak pertama tetapi selepas rehat Chelsea menunjukkan kehebatan mereka dengan usaha Costa terkena palang manakala John Terry dinafikan satu percubaan baik.

Chelsea mendahului pasukan tempat kedua, Manchester City - yang tewas mengejut 0-1 kepada Burnley, Sabtu dengan baki satu perlawanan dalam tangan manakala Southampton di tangga keenam, tiga mata belakang pasukan tempat keempat, Manchester United. - AFP

Berita Harian X