Selasa, 17 March 2015 | 10:06am
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak diiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (dua dari kiri) tiba di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) untuk menyempurnakan perasmian Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA 2015) hari ini. - Foto Ghazali Kori
PESAWAT pengangkut baharu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Airbus A400M diiringi pesawat tempur Hawk 100, Hawk 200 melintasi ruang udara ketika majlis perasmian Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015, di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi hari ini. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Najib lancar Pelan Induk Aeroangkasa Kedua 2030


PESAWAT pengangkut baharu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Airbus A400M diiringi pesawat tempur Hawk 100, Hawk 200 melintasi ruang udara ketika majlis perasmian Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015, di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi hari ini. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

LANGKAWI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Pelan Induk Aeroangkasa Kedua 2030 yang bakal menjadi pemangkin utama membawa Malaysia menerajui industri aeroangkasa di rantau ini.

Inisiatif yang diumumkan pada pelancaran Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA'15) itu bertujuan untuk untuk membantu kerajaan menjana pendapatan melebihi RM32.5 bilion dan 32,000 pekerjaan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Najib berkata, sejajar dengan komitmen itu, kabinet sudah meluluskan penubuhan badan khas Agensi Koordinasi Aeroangkasa Nasional di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Katanya, ia akan bertanggung jawab melaksanakan pelan induk itu dan menjadi menjadi sekretariat baharu dalam Malaysian Aerospace Council (MAC).

"Berdasarkan kedudukan Kuala Lumpur yang strategik, hubungan yang kukuh di rantau ini dan persekitaran ekonomi terbuka serta mesra pelabur, saya yakin prospek pertumbuhan Malaysia kekal kukuh," katanya dalam ucapan perasmian LIMA 2015 di Langkawi, pagi ini.

Berita Harian X