Selasa, 17 March 2015 | 2:21pm

Keadaan Lee Kuan Yew tambah teruk

BEKAS Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew. - Foto Reuters
BEKAS Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew. - Foto Reuters

SINGAPURA: Keadaan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew bertambah teruk akibat jangkitan, kata Perdana Menteri, Lee Hsien Loong.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan yang disiarkan menerusi akaun Facebooknya hari ini.

"Beliau sedang diberikan antibiotik. Doktor sedang memantau rapi keadaan beliau," kata Lee.

Berita Harian X