Rabu, 18 March 2015 | 10:32pm
ANGGOTA polis Tunisia berkawal di luar pagar Parlimen di Tunis selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah muzium berhampiran. Sekurang-kurangnya tujuh pelancong terbunuh dan beberapa lagi dijadikan tebusan oleh kumpulan militan itu. - Foto Reuters

Tunisia: 3 maut dalam operasi bebas tebusan

TUNIS: Dua militan dan seorang anggota polis terbunuh dalam operasi di sebuah muzium Tunisia selepas lelaki bersenjata terbabit menyerang dan menawan tebusan di sana, menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri.

Beliau berkata, operasi di Muzium Bardo masih berjalan.

Militan terbabit sebelum ini membunuh sekurang-kurangnya tujuh pelancong asing dan seorang rakyat Tunisia. - Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X