Jumaat, 20 March 2015 | 10:14am
POLIS Tunisia memberi penghormatan terakhir kepada rakan mereka yang terkorban dalam serangan di Muzium Bardo, Aymen Morjane di Tunis semalam. - Foto AFP

IS dakwa bertanggungjawab serang muzium Tunisia

TUNIS: Kumpulan IS mendakwa bertanggungjawab melancarkan serangan ke atas pelancong asing di muzium Tunisia yang membunuh 21 orang ketika pihak berkuasa berusaha mengesan suspek.

Pihak berkuasa menyatakan mereka sudah mengenal pasti dua lelaki bersenjata yang terbunuh dalam serangan itu kelmarin dan menggesa perpaduan rakyat menentang keganasan di negara bermulanya Arab Springs.

Dalam mesej audio yang diletakkan di internet, IS menyatakan "dua kesatria dari IS...yang lengkap bersenjata automatik dan grenad menyasarkan Muzium Bardo" di ibu negara Tunisia itu.

Kumpulan itu yang mempunyai ramai anggota warga Tunisia, mengancam untuk melancarkan lebih banyak serangan dengan menegaskan: "Anda baru menyaksikan permulaannya." - AFP

Berita Harian X