Sabtu, 21 March 2015 | 12:03am
SALMON Chipotle Garlic Shrimp. - Foto Rohanis Shukri
JUNIOR Chef Hotel Seri Pacific , Zulkifli Ahmad menunjukan Salmon dengan Lada dan Lemon. - Foto Rohanis Shukri
SALMON dengan Lada dan Lemon. - Foto Rohanis Shukri
SALMON dengan Lada dan Lemon di Seri Pacific. - Foto Rohanis Shukri
MASAKAN yang sedia dihidang. - Foto Rohanis Shukri

Salmon berlada perisa lemon


SALMON Chipotle Garlic Shrimp. - Foto Rohanis Shukri

SALMON adalah antara ikan yang paling berkhasiat. Antara kaedah popular masakan ikan ini adalah panggang.

Rasanya yang ringkas semakin lazat jika dihidangkan bersama sos pilihan seperti barbeku, sos masam atau krim sos.

Di negara Jepun, ikan ini begitu popular. Bukan saja isi ikan ini digunakan dalam pembuatan sushi, telurnya juga antara menu popular negara itu.

Cef Junior Sous Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, Zulkifli Ahmad, berkata hidangan itu begitu sempurna kerana rasa krim sos membuatkan ia seimbang dengan kemanisan ikan yang dipanggang.

"Bagi mengelakkan hirisan ikan panggang melekat pada kuali, petuanya ialah dengan memanaskan kuali terlebih dulu sebelum meletakkan minyak zaitun. Perlu kita menggunakan minyak zaitun kerana ia bukan saja menambah aroma malah berkhasiat kepada kesihatan," katanya.

Salmon dengan berlada perisa lemon

BAHAN-BAHAN yang digunakan. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman


Bahan-bahan:
170gram (gm) ikan salmon segar
3gm serbuk lemon
30gm cendawan butang
30gm cendawan tiram
30milileter (ml) stok ayam
40ml pekat
10gm bawang merah
1gm bawang putih
20gm minyak zaitun
1gm garam dan lada sulah
20gm tomato puri
30gm timun hijau
30gm timun kuning (zuchinni)
30gm cili besar merah
30gm lada benggala
30gm cili besar kuning

Cara-caranya:

Cara memasak sos

MEMASAK sos. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

1. Panaskan minyak zaitun ke dalam kuali, tumiskan bawang merah dan bawang putih, masukkan cendawan butang, cendawan tiram, stok ayam.

Didihkan sos krim lebih kurang lima hingga 10 minit, masukkan garam dan lada sula secukup rasa. Kacau sehingga pekat.

Cara memasak sayuran

2. Panaskan minyak zaitun ke dalam kuali, tumiskan bawang merah dan bawang putih, masukkan cendawan butang, cendawan tiram, timun, stok ayam. Kemudian, masukkan sos tomato ( bahan untuk sayuran).

Cara memasak ikan salmon

GAULKAN ikan Salmon - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

PANGGANG Salmon sehingga naik bau. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

3. Gaulkan serbuk berperisa lemon pada ikan salmon. Panaskan kuali terlebih dulu, kemudian masukkan sedikit minyak. Panggang salmon sehingga naik bau.

pqc

CARA membuat sos cendawan. - Foto Rohanis Shukri

4. Akhir sekali, letakkan sos krim dan sayuran yang dimasak dalam satu pinggan bersama salmon. Hias dengan daun bawang dan cili.

Penghargaan: Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

Berita Harian X