Sabtu, 21 March 2015 | 4:01pm

Sultan Johor berangkat ke Istiadat Siram Tabal

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui pintu gerbang Istana Bukit Serene untuk istiadat Siram Tabal di Panca Persada, Bukit Bintang, Perkarangan Istana Besar. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berangkat tiba bagi menyempurnakan Istiadat Siram Tabal di Bukit Bintang, Istana Besar di sini, kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Sultan Ibrahim kemudian akan bersemayam di khemah diraja sebelum disiram menggunakan air yang diambil dari tujuh sungai seluruh Johor.

Berita Harian X