Isnin, 23 March 2015 | 12:07am
CAMPURAN puntung rokok, tanah liat dan air pada peringkat awal proses penghasilan batu bata.

BATU bata berasaskan tanah liat yang dicampur puntung rokok (kiri) tidak mudah retak berbanding yang dihasilkan menggunakan tanah liat sepenuhnya.
UJIAN terhadap kandungan bahan dalam batu bata yang berasaskan campuran puntung rokok membuktikan ia selamat digunakan untuk pembinaan.
UJIAN kesan penggunaan batu bata yang berasaskan campuran tanah liat dan puntung rokok terhadap kualiti udara dalam bangunan menunjukkan ia tidak memberikan kesan yang boleh memudaratkan kesihatan.
UJIAN kesan penggunaan batu bata yang berasaskan campuran tanah liat dan puntung rokok terhadap kualiti udara dalam bangunan menunjukkan ia tidak memberikan kesan yang boleh memudaratkan kesihatan.

Puntung rokok terbuang jadi batu bata

UJIAN kesan penggunaan batu bata yang berasaskan campuran tanah liat dan puntung rokok terhadap kualiti udara dalam bangunan menunjukkan ia tidak memberikan kesan yang boleh memudaratkan kesihatan.

PUNTUNG sampah bagi kebanyakan orang, tetapi penyelidik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) memanfaatkannya sebagai bahan bagi penghasilan batu bata lebih ringan serta menjimatkan.

Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar UTHM, Prof Madya Dr Aeslina Abdul Kadir, berkata komposisi serat mikro, yang terkandung dalam puntung rokok mempunyai ciri penebat haba yang baik dan mengukuhkan daya ikatan tanah.

Katanya, ciri itu membantu mengurangkan penggunaan tenaga dalam penghasilan batu bata serta mengelak ia mudah retak sebelum proses pembakaran.

"Kajian di Amerika Syarikat mendapati, pembuangan puntung rokok dijangka meningkat sebanyak 50 peratus pada tahun 2025, sejajar peningkatan populasi secara global.

PELBAGAI tekstur permukaan batu bata berdasarkan kadar campuran puntung rokok dalam tanah liat.

"Daripada terus membiarkan bahan kimia toksik dalam bahan buangan ini menjejaskan alam sekitar, kami manfaatkan komposisi serat mikro pada puntung rokok untuk menghasilkan batu bata pada kos lebih rendah.

"Batu bata dengan campuran puntung rokok sebagai bahan asas turut melepasi ujian piawaian termasuk aspek daya tahan struktur, haba dan air, sekali gus membuktikan ia selamat untuk digunakan dalam industri pembinaan," katanya.

Antara lain, hasil kajian menunjukkan hasil larut lesap logam berat daripada batu-bata itu adalah mematuhi piawaian United States Environmental Protection Agency (USEPA) dan Environmental Protection Agency Victoria (EPAV).

Ujian makmal turut mengesahkan ia mematuhi Kod Amalan Industri bagi Kualiti Udara Dalaman (ICOP-IAQ) Malaysia.

AESLINA (kiri) dengan pelajarnya, Noor Amira Sarani yang membantu melaksanakan projek penyelidikan batu bata berasaskan puntung rokok.

Aeslina berkata, proses penghasilannya adalah sama dengan batu bata berasaskan tanah liat iaitu membabitkan adunan dalam mesin pembancuh, pengeringan dan pembakaran.

Bagaimanapun, katanya, langkah tambahan perlu dilaksanakan pada peringkat permulaan iaitu proses pembasmian kuman puntung rokok sebelum ia dicampur dengan tanah liat.

Beliau berkata, batu bata itu berpotensi digunakan untuk pembinaan rumah kos rendah dan landskap sebagai alternatif lestari kepada penggunaan batu bata konvensional.

"Inovasi ini berpotensi dimanfaatkan di dalam dan luar negara, malah beberapa syarikat menunjukkan minat mengkomersialkannya, malangnya tiada sistem yang sistematik untuk pengumpulan sisa puntung rokok di negara ini.

"Beberapa negara luar terutama Australia lebih mudah mendapatkan bahan bagi pengeluaran batu bata ini kerana ia dibuang ke dalam bekas khas yang disediakan berbanding di negara ini yang kebanyakannya membuang puntung rokok merata-rata," katanya.

PELBAGAI tekstur permukaan batu bata berdasarkan kadar campuran puntung rokok dalam tanah liat.

Aeslina menjalankan penyelidikan itu semasa mengikuti pengajian ijazah doktor falsafah di Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) Australia, di bawah penyeliaan Dr Abbas Mohajerani.

Selain memanfaat kemudahan penyelidikan RMIT, beliau turut mendapat kerjasama ButtOut Australia Pty Ltd dan Boral Bricks Pty Ltd yang membekal puntung rokok serta tanah liat untuk projek kajiannya.

Projek penyelidikan itu kini dilanjutkan oleh pelajar sarjana seliaannya, Noor Amira Sarani.

Skop kajian diperluas merangkumi penghasilan batu bata menggunakan sisa buangan lain termasuk enap cemar mozek, enap cemar besi, polisterina, kaca, abu terbang, abu dasar, sisa kopi, sisa tebu, sekam padi dan sisa kelapa sawit.

BATU bata yang dihasilkan dengan menggunakan campuran tanah liat dan puntung rokok.

INFO

Ciri unik batu bata berasaskan campuran puntung rokok

- Lebih ringan berbanding batu bata berasaskan tanah liat saja.

- Menjimatkan penggunaan tenaga dalam proses penghasilan kerana mengandungi serat mikro yang berfungsi sebagai penebat haba yang baik.

- Tidak mudah retak selepas proses pembakaran kerana mengandungi serat mikro yang mengukuhkan daya ikatan bahan tanah.

66 dibaca
Berita Harian X