Selasa, 24 March 2015 | 12:13am
ANTARA koleksi lain di Danishandhakim.
JUBAH antara pilihan popular dan antaranya adalah jubah lycra kosong, Safina, renda dan potongan ala puteri.
DENGAN suntikan rona warna pastel dan terang, Danish lebih mencorak rekaannya dalam gaya kasual. Ini kerana busana rekaannya boleh disarungkan di mana saja sama ada ke pejabat mahupun majlis rasmi.
TURUT hasilkan tudung dan baju kurung yang unik corak menarik.

Berdakwah menerusi fesyen Islamik


ANTARA koleksi kurta yang dihasilkan oleh Danishandhakim dengan sentuhan yang memberi kelainan.

Sejak usia belasan tahun lagi, pereka fesyen busana Muslim dan Muslimah DH Boutique, Danish Hassan, 34, sudah tahu menjahit pakaian sendiri. Atas dorongan ibunya, Nuzhat Sultans, 52, kemahiran Danish dalam bidang seni reka fesyen itu terus berkembang.

Minat dan bakatnya menjadi penanda aras kepada lelaki anak kelahiran bumi Pakistan ini untuk berjuang dan berdakwah dalam fesyen menutup aurat ini.

Kini, ia bukan sekadar mimpi apabila rekaannya amat dikenali dalam kalangan selebriti terkenal tempatan sehingga ke golongan VVIP.

Anak sulung kepada Mahmood Hassan, 55, bertuah apabila adik bongsu Kiran Hassan, 20, turut sama berkongsi kebolehan menjahit dan mencipta rekaan fesyen.

Selain itu, adik perempuannya, Benish Hassan, 23, yang bertugas sebagai doktor mengisi masa lapang membantu empayar perniagaannya. Kebolehan adik-beradik ini menjadi titik tolak kepada jenama DH Boutique dalam penghasilan busana Muslim dan Muslimah.

Impian jadi kenyataan

Danish bermula sebagai perunding fesyen di sebuah gedung tekstil terkemuka di ibu negara. Semangat juang tinggi, memberi nafas baharu, rezekinya apabila berjaya membuka butik koleksi busana Muslimah di Jalan Ampang dan Wangsa Maju, sejak tiga tahun lalu, diikuti di Avenue K, Jalan Ampang dan di butik Rumoda, Jalan Riong, Bangsar .

Beliau yang pernah mengikuti bidang fesyen di Universiti Teknologi dan Sains Al Ain, Dubai, pada tahun 2003 hingga 2005, menjadikan rekaan busana Muslim dan Muslimah dalam karya sentuhannya.

Justeru, bagi jenama busana Muslim, Danishandhakim, koleksinya cukup kontemporari dengan rekaan potongan kurta dan jubah.


MUHAMMAD Danish Iman Mohamad Azizi memeluk adiknya, Muhammad Yusuf Iman dan Muhammad Luqman Iman setibanya di KLIA dari Yaman, turut kelihatan ibubapanya, Mohamad Azizi Muhammad Radzi dan Mas Azura Mohamad. - Foto Mohd Fadli Hamzah


ANTARA koleksi lain di Danishandhakim.


ANTARA koleksi jubah lelaki yang dihasilkan oleh Danishandhakim.

Identiti tempatan

Walaupun berdarah Pakistan, Danish tidak tenggelam dalam fesyen negara itu, sebaliknya sensitif terhadap imej tempatan. Menerusi sentuhan fabrik berkualiti dengan adunan rekaan ringkas tetapi eksklusif busana Muslimah digemari oleh segenap lapisan masyarakat.

Koleksi beliau cukup ringkas, tampak mewah dan istimewanya terletak pada renda dengan potongan ala puteri.

"Saya mementingkan keselesaan dan kesopanan dalam soal rekaan. Begitu juga kualiti material yang diimport dari Dubai dan Itali," katanya.

Dengan suntikan rona warna pastel dan terang, Danish lebih mencorak rekaannya dalam gaya kasual. Ini kerana busana rekaannya boleh disarungkan di mana saja sama ada ke pejabat mahupun majlis rasmi.

Jubah Safina berharga RM99, manakala untuk jubah renda dengan harga bermula pada RM299 dan ada rekaan jubah eksklusif, harga mencecah ribuan ringgit.


ANTARA koleksi jubah yang memiliki potongan ala puteri di DH Boutique.

Jubah paling popular

Walaupun boleh menghasilkan apa saja rekaan, jubah Muslimah antara yang mendominasi rekaan lelaki ini. Katanya, jubah antara pilihan popular dan antaranya adalah jubah lycra kosong, Safina, renda dan potongan ala puteri.

"Kini, lebih 20 jenis rekaan dihasilkan, sesetengahnya menggunakan sifon asli dari Itali. Saya turut hasilkan tudung dan baju kurung yang unik corak menarik," katanya.

Walaupun sangat sibuk dengan urusan promosi, pengiklanan dan jualan, beliau terus mereka, menjahit dan membuat potongan bagi setiap rekaan bagi menjaga kualiti produk.

"Masyarakat sudah menerima fesyen Muslimah dan ia bersifat universal. Kaum lain juga sudah meminati fesyen ini.


PEREKA fesyen, Danish Hassan dan adiknya Kiran Hassan. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Beliau komited melebarkan sayap perniagaan dengan rekaan telekung eksklusif menggunakan kain sifon pula selepas ini.

Katanya, tiada noktah untuk menamatkan minatnya dalam menghasilkan lebih banyak rekaan menarik kerana Muslimah masih boleh bergaya asalkan mengikut syariat Islam.

Bagi yang berminat, boleh melayari Instagram dan Facebook Danishassan atau Danishandhakim untuk melihat lebih banyak koleksi menarik dan unik untuk digayakan.

Berita Harian X