Rabu, 1 April 2015 | 11:21am
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (dua dari kiri) memeriksa perbarisan ketika hadir pada majlis pelancaran Blueprint Polygreen 2015 di Politeknik Merlimau, Jasin. - Foto Rasul Azli Samad

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron ketika hadir pada majlis pelancaran Blueprint Polygreen 2015 di Politeknik Merlimau, Jasin. - Foto Rasul Azli Samad

Muhyiddin lancar Blueprint Polygreen Politeknik Malaysia

JASIN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Blueprint PolyGreen Politeknik Malaysia di Politeknik Merlimau, di sini.

Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron; Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Naim Abu Bakar.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan menganggap program itu mampu menyepadukan pembangunan hijau dalam sistem pengajaran dan pembelajaran membabitkan lima aspek iaitu pengurusan kampus hijau, pembangunan kurikulum hijau, pemupukan komuniti hijau, penyelidikan hijau dan pembudayaan hijau.

Katanya, amalan berteraskan konsep 6R iaitu Reuse, Reduce, Renew, Recycle, Repair dan Rethink akan menjadi budaya seluruh warga politenik.

"Pendek kata, slogan tiada yang terbuang di politeknik akan menjadi laungan 'perang' warga pusat pengajian tinggi ini. Seterusnya kita menaruh harapan supaya semua lulusan politeknik akan menjadi ejen perubahan meneraju teknologi hijau dalam kerjaya mereka selanjutnya.

"Saya juga percaya, di samping boleh menjimatkan perbelanjaan kerajaan untuk jangka masa panjang, inisiatif ini juga menyambut saranan kerajaan untuk mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida negara kepada 40 peratus menjelang tahun 2020 seperti ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Persidangan Kemuncak Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September tahun lalu," katanya di sini pagi ini.

Berita Harian X