Sabtu, 4 April 2015 | 8:48pm
KEADAAN bangkai helikopter yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih, petang tadi.

Semua 6 mayat mangsa helikopter terhempas ditemui

SEMENYIH: Semua enam mayat mangsa nahas helikopter terhempas di Kampung Pasir Baru, Sungai Pening, di sini sudah ditemui dan akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam ini.

Mayat mangsa terakhir ditemui pada jam 8.15 malam oleh anggota bomba dan penyelamat di bawah bangkai helikopter.

Kini, usaha membawa keluar semua mayat mangsa sedang dijalankan.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika ditemui media di lokasi kejadian, berkata pasukan forensik sedang berusaha mengenalpasti identiti mangsa.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan mengumumkan identiti mangsa terbabit selepas disahkan.

"Kita tunggulah Perdana Menteri, taklimat penuh juga akan dibuat olehnya nanti," katanya.

Semua enam mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Berita Harian X