Ahad, 5 April 2015 | 10:35am
SUASANA suram di unit kecemasan ketika mayat mangsa helikopter terhempas tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi. - Foto BERNAMA

Jenazah Jamaluddin Jarjis dikebumi selepas Asar - Anak

KUALA LUMPUR: Anak Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Ikhwan Hafiz berkata jenazah bapanya dijangka akan dibawa keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 11 pagi ini.

Katanya, jenazah akan dibawa ke Masjid Taman Tun Abdul Razak, Ampang, untuk solat jenazah kira-kira jam 11.30 pagi sebelum dibawa pulang ke rumah mereka di The Mines, Seri Kembangan.

Beliau berkata, jenazah bapanya akan dikebumikan di perkarangan Makam Pahlawan Masjid Negara, di sini, selepas solat Asar.

Berita Harian X