Selasa, 7 April 2015 | 12:04am
KEBANYAKAN koleksi busana pengantin dihasilkan tidak terlalu menekankan kepada ciri-ciri busana pengantin dan sedikit seksi. - Foto Nik Hariff Hassan
KEBANYAKAN koleksi busana pengantin dihasilkan tidak terlalu menekankan kepada ciri-ciri busana pengantin dan sedikit seksi. - Foto Nik Hariff Hassan
KOLEKSI diinspirasi daripada emosi berahi dalam filem A Midsummer Night's Dream. - Foto Nik Hariff Hassan
KOLEKSI diinspirasi daripada emosi berahi dalam filem A Midsummer Night's Dream. - Foto Nik Hariff Hassan
PEREKA memilih untuk meminimumkan potongan dan menghasilkan rekaan ringkas. - Foto Nik Hariff Hassan
PEREKA memilih untuk meminimumkan potongan dan menghasilkan rekaan ringkas. - Foto Nik Hariff Hassan
BAJU pengantin yang sempurna daripada fabrik sifon, tulle dan sutera membuatkan pemakainya berasa seperti seorang puteri. - Foto Nik Hariff Hassan
BAJU pengantin yang sempurna daripada fabrik sifon, tulle dan sutera membuatkan pemakainya berasa seperti seorang puteri. - Foto Nik Hariff Hassan

Emosi berahi cetusan fesyen pengantin


WARNA sememangnya berperanan penting dalam menyerlahkan sisi terbaik bagi pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan.

Ia mampu memberi refleksi kepada si pemakai jika kena pada saiz tubuh, warna kulit dan sebagainya.

Sungguhpun begitu, dalam kebanyakan warna menarik ditawarkan oleh butik pengantin, putih tetap menjadi rona pilihan terbaik dan eksklusif yang mampu memberikan aura tersendiri kepada si pemakainya.

PUTIH tetap menjadi rona pilihan terbaik dan eksklusif yang mampu memberikan aura tersendiri kepada pemakainya. - Foto Nik Hariff Hassan
PUTIH tetap menjadi rona pilihan terbaik dan eksklusif yang mampu memberikan aura tersendiri kepada pemakainya. - Foto Nik Hariff Hassan

Putih sinonim dengan busana pengantin dan diakui, mampu menterjemahkan seri pengantin. Ia menjadi warna pilihan, kebanyakan pasangan pengantin di seluruh dunia kerana dianggap sebagai lambang kesucian cinta mereka.

Menyedari warna putih tidak lapuk ditelan dek zaman, dua label fesyen terkenal dengan busana pengantin iaitu Innai Red dan Alia Bastamam tidak ketinggalan mempersembahkan koleksi terbaik mereka kali ini.

Biarpun hanya satu tona warna saja digunakan, dua label ini berjaya menghasilkan busana pengantin eksklusif dan bercita rasa antarabangsa. Malah, ia juga tidak hanya tertumpu kepada sesetengah orang, rekaannya dihasilkan juga bersifat global.

SELAIN menterjemah seri pengantin, putih menjadi warna pilihan pasangan pengantin kerana dianggap lambang kesucian cinta mereka. - Foto Nik Hariff Hassan
SELAIN menterjemah seri pengantin, putih menjadi warna pilihan pasangan pengantin kerana dianggap lambang kesucian cinta mereka. - Foto Nik Hariff Hassan

Rekaan ringkas

Pereka fesyen, Alia Bastamam berkata, koleksinya kali ini diinspirasi daripada filem, A Midsummer Night's Dream. Kebanyakan koleksi busana pengantin dihasilkan itu tidak terlalu menekan kepada ciri-ciri busana pengantin dan sedikit seksi.

"Koleksi diinspirasi daripada emosi berahi di dalam filem berkenaan. Saya cuba untuk meminimumkan potongan dan menghasilkan rekaan ringkas. Bagaimanapun, bagi menambah nilai eksklusif busana berkenaan, saya menambah manik supaya pengantin tidak kelihatan kosong apabila mengenakannya," katanya ditemui selepas pertunjukan busana pengantin (WAF2015) di Zebra Quare, di ibu negara, baru-baru ini.

PENGANTIN di negara ini sukakan busana yang mempunyai warna selain putih, justeru pereka padankan dengan warna lembut. - Foto Nik Hariff Hassan
PENGANTIN di negara ini sukakan busana yang mempunyai warna selain putih, justeru pereka padankan dengan warna lembut. - Foto Nik Hariff Hassan

Permintaan tempatan

Biarpun putih menjadi warna pilihan terbaik bagi busana pengantin, namun begitu Alia tetap tidak melupakan permintaan untuk pasaran tempatan kerana beliau turut menghasilkan busana dengan warna pastel.

Katanya, memandangkan pengantin di negara ini sukakan busana yang mempunyai warna selain putih, beliau menyelaraskan dengan warna lembut sesuai dengan wanita moden sekarang.

"Saya berharap koleksi kali ini mendapat sambutan baik dan dapat memenuhi permintaan setiap pelanggan tidak kira bangsa. Malah, koleksi kali ini turut mendapat perhatian luar negara seperti Australia, Jerman dan Amerika Syarikat.

PEREKA tidak melupakan permintaan pasaran tempatan, justeru turut menghasilkan busana dengan warna pastel. - Foto Nik Hariff Hassan
PEREKA tidak melupakan permintaan pasaran tempatan, justeru turut menghasilkan busana dengan warna pastel. - Foto Nik Hariff Hassan

"Anda tahu, apabila anda menggayakan busana ini anda akan rasa seperti seorang puteri," katanya yang menggunakan fabrik sifon, tulle dan sutera.

Sementara itu, koleksi Innai Red yang sememangnya terkenal dengan pembuatan busana pengantin pula menampilkan busana yang berupaya menyerlahkan keindahan individu dengan rekaan kontemporari dan ketukangan berkualiti.

Rekaannya menepati cita rasa pengantin moden dan turut dilengkapi dengan kilauan batu supaya dapat menyerlahkan lagi keanggunan pasangan raja sehari itu.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X