Selasa, 7 April 2015 | 1:25pm
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PPPM 2015-2025 garis 10 lonjakan - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) menggariskan pencapaian 10 lonjakan bagi menyokong lima aspirasi sistem yang memberi tumpuan kepada akses, ekuiti, kualiti, kecekapan dan perpaduan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata antara penekanan utama PPPM (PT) ialah, melahirkan graduan holistik dan seimbang, yakni berilmu dan berakhlak serta mempunyai keupayaan untuk menyumbang kepada negara dan dunia.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, melalui pelan itu juga universiti awam turut dibenarkan membangun dan melaksanakan skim pelbagai trek melalui proses penurunan kuasa untuk hal sumber manusia.

Berita Harian X