Jumaat, 10 April 2015 | 10:41am
PENYERANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo . - Foto AFP

Real Madrid kemuka rayuan kad kuning Ronaldo

MADRID: Real Madrid memutuskan untuk mengemukakan rayuan terhadap hukuman kad kuning yang dikenakan kepada penyerang, Cristiano Ronaldo ketika kemenangan 2-0 ke atas Rayo Vallecano, semalam.

Seandainya tidak membuat rayuan hukuman kad kuning itu bermakna Ronaldo yang juga pemain terbaik dunia akan digantung satu perlawanan.

Ronaldo dilayangkan kad kuning selepas pengadil memutuskan penyerang kelahiran Portugal itu sengaja merebahkan badan untuk memperoleh penalti.

Begitupun selepas menonton kembali rakaman video perlawanan, Ronaldo jelas bukannya sengaja merebahkan badan namun dikasari pertahanan Rayo.

Ia adalah kad kuning kelima bekas penyerang Manchester United musim ini yang menyaksikannya akan terlepas perlawanan menentang Eibar di laman sendiri, esok.

"Real Madrid akan membuat rayuan mengenai kad kuning yang dikenakan terhadap Ronaldo pada perlawanan sebelum ini," kata kelab itu menerusi laman web rasminya, www.realmadrid.com.

Kemenangan ke atas pendatang baharu La Liga, Eibar, akan meneruskan tekanan terhadap pendahulu La Liga, Barcelona yang akan beraksi lebih lewat. - Reuters

Berita Harian X