Isnin, 13 April 2015 | 12:00am

Kegilaan beralih ke Clash Of Clans

COC pada mulanya dikeluarkan untuk platform iOS pada 2 Ogos 2012 sebelum dikembangkan untuk pengguna Android pada 7 Oktober 2013.
COC pada mulanya dikeluarkan untuk platform iOS pada 2 Ogos 2012 sebelum dikembangkan untuk pengguna Android pada 7 Oktober 2013.

ANGRY Bird pada satu ketika mencetuskan viral kepada peminat permainan video di seluruh dunia tidak kira dari golongan kanak-kanak sehinggalah orang dewasa. Justeru, kehebatan permainan video ini sehingga turut mengeluarkan barangan lain seperti anak patung dan permainan untuk kanak-kanak.

Kini permainan video Angry Bird semakin dilupakan dan diganti dengan permainan video Clash of Clans (COC) yang menjadi kegilaan kepada pengguna telefon pintar tidak kira tempat dan waktu.

Jika dulu kedai mamak adalah tempat untuk berborak atau menonton bola tetapi kini ia menjadi tempat pertarungan COC.

SETIAP pasukan dalam COC dibahagikan sebagai Tier 1, Tier 2, Tier 3, Pasukan Dark Elixir, dan Heroes.
SETIAP pasukan dalam COC dibahagikan sebagai Tier 1, Tier 2, Tier 3, Pasukan Dark Elixir, dan Heroes.

COC adalah permainan video strategi yang dikembangkan oleh Supercell, sebuah syarikat pencipta permainan video dari Helsinki, Finland. COC pada mulanya dikeluarkan untuk platform iOS pada 2 Ogos 2012 sebelum dikembangkan untuk pengguna Android pada 7 Oktober 2013.

COC adalah permainan video multiplayer online di mana pemain membangunkan komuniti sendiri, melatih pasukan sebelum menyerang komuniti pemain lain untuk mendapatkan emas dan Elixir, yang dapat digunakan untuk membina pertahanan yang melindungi pemain dari serangan pemain lain dan untuk melatih dan meningkatkan kuasa pasukan.

Setiap pasukan dibahagikan sebagai Tier 1, Tier 2, Tier 3, Pasukan Dark Elixir, dan Heroes.

COC adalah permainan video strategi yang dikembangkan oleh Supercell, sebuah syarikat pencipta permainan video dari Helsinki, Finland.
COC adalah permainan video strategi yang dikembangkan oleh Supercell, sebuah syarikat pencipta permainan video dari Helsinki, Finland.

Tier # 1 - Terdiri daripada barbar, Pemanah, dan Goblins.

Tier # 2 - Terdiri daripada Giants, Wall Breakers (kerangka yang membawa bom), Balon (Wall Breakers dalam belon udara panas yang menjatuhkan bom) dan Wizards.

Tier # 3 - Terdiri daripada Dragons, Penyembuh, dan PEKKAs.

Pasukan Dark Elixir - Terdiri daripada Minion, Hog Riders, Valkyrie, Golem, Witches, dan Lava Hounds.

Heroes - Terdiri daripada Raja Barbarian dan Ratu Archer. Pahlawan yang abadi dan hanya dilatih sekali. Mereka dipanggil oleh altar bukannya dilatih sendiri seperti tentera.

Komponen utama dari COC adalah pertempuran clan (pasukan) melawan clan lain. Pemimpin clan dan orang kanannya boleh memimpin pasukan melawan clan lain. Setiap clan diberi satu hari persiapan untuk berlatih dan satu hari perang.

Ketika seorang pemain menyerang anggota dari clan lawan, mereka menerima bintang berdasarkan jumlah kerosakan yang dapat dibuat. Setiap pemain terbatas pada dua serangan sekali perang, dan pasukan yang paling bertahan di akhir hari perang dinobatkan sebagai pemenang.

Setiap pemenang akan menerima bonus rampasan perang jika menggunakan serangan dalam perang.

COC kini menjadi kegilaan kepada pengguna telefon pintar tanpa mengira tempat dan waktu.
COC kini menjadi kegilaan kepada pengguna telefon pintar tanpa mengira tempat dan waktu.

Selain emas dan elixir, permainan COC juga menggunakan gems (permata) sebagai mata wang. Gems diberikan untuk mencapai tonggak tertentu, menyelesaikan prestasi dan diberikan ketika menghabiskan rintangan tertentu.

Namun cara utama untuk memperoleh permata melalui pembelian dalam aplikasi. Gems dapat digunakan untuk melajukan setiap aspek daripada permainan seperti tempoh berlatih pasukan, selain digunakan untuk membeli lebih banyak sumber untuk pembangunan dan menambah tenaga pasukan.

Permainan COC ini memerlukan anda untuk bergandingan dengan sekutu yang tidak dikenali, hanya boleh menyampaikan mesej di dalam permainan saja. Mungkin juga anda sedang bersekutu dengan seseorang yang berada di Australia.

Permainan ini berasaskan internet, memerlukan anda mempunyai akses internet bagi memainkan permainan ini. COC secara tidak langsung dilihat bagus dari segi kerjasama dengan pemain yang anda tidak kenal.

KOMPONEN utama dari COC adalah pertempuran clan (pasukan) melawan clan lain.
KOMPONEN utama dari COC adalah pertempuran clan (pasukan) melawan clan lain.

COC juga membolehkan anda berkongsi hadiah dengan orang lain, bersatu membina pasukan dan paling penting percaya boleh bertukar tentera. Jika anda mahukan kemenangan yang besar, maka anda boleh memilih sekutu dan menjalankan strategi.

Konsep permainan video COC lebih kepada strategi dan pemain harus bijak mengatur strategi bagi membolehkan anda mendapat mata dan dinaikkan ranking di dalam permainan ini.

COC telah dimuat turun oleh lebih 100 juta pengguna dan permainan ini menjadi antara permainan paling 'trending'.

COC juga telah mempunyai beberapa versi seperti COC 2 dan COC Special untuk menambahkan lagi kegilaan peminatnya.

Berita Harian X