Ahad, 19 April 2015 | 9:44am
SATU penyakit misteri yang membunuh pesakit dalam tempoh 24 jam sudah meragut 18 nyawa di sebuah bandar di tenggara Nigeria.
SATU penyakit misteri yang membunuh pesakit dalam tempoh 24 jam sudah meragut 18 nyawa di sebuah bandar di tenggara Nigeria.

Penyakit misteri ragut 18 nyawa di Nigeria

LAGOS: Satu penyakit misteri yang membunuh pesakit dalam tempoh 24 jam sudah meragut 18 nyawa di sebuah bandar di tenggara Nigeria.

"Seramai 23 orang (dijangkiti) dan 18 kematian dicatatkan," kata Pesuruhjaya Kesihatan Ondo, Dayo Adeyanju.

Jurucakap kerajaan untuk negeri itu, Kayode Akinmade, sebelum itu menyatakan angka kematian ialah 17 orang.

"Seramai 17 orang mati akibat penyakit misteri ini sejak ia merebak awal minggu ini di bandar Ode-Irele town," kata Akinmade kepada AFP.

Akinmade berkata, penyakit itu yang simptomnya termasuk pening, kabur penglihatan dan pengsan, membunuh mangsa dalam tempoh sehari selepas dijangkiti.

Ujian makmal sehingga kini menunjukkan ia bukan Ebola atau jangkitan virus lain. - AFP

Berita Harian X