Isnin, 20 April 2015 | 5:44pm

PAS umum calon PRK Rompin malam ini

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Mustafa Ali pada sidang media berkaitan calon pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Rompin di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat. - Foto /Abdullah Yusof

PETALING JAYA: PAS akan mengumumkan calonnya yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin di Bandar Muadzam Shah, Rompin, malam ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata pengumuman dijangka dibuat dua Naib Presiden parti, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"PR (pakatan pembangkang) akan bekerjasama menghadapi PRK berkenaan," katanya di sini hari ini.

PRK Rompin ditetapkan pada 5 Mei depan manakala penamaan calon pada Rabu ini.

Proses penamaan calon dan penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad, Rompin.

PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor, 4 Mei lalu. Nahas itu turut mengorbankan lima yang lain, termasuk Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias.

Berita Harian X