Rabu, 22 April 2015 | 8:39pm

Celcom, TM meterai perjanjian tapak LTE tambahan

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd dan Telekom Malaysia Bhd (TM) hari ini menandatangani perjanjian membabitkan peruntukan tambahan tapak evolusi jangka panjang tambahan (LTE) menerusi perkhidmatan sokongan generasi akan datang TM.

Dalam kenyataan bersama di sini hari ini, syarikat itu menyatakan menerusi perjanjian usaha sama itu, TM akan terus menyokong transmisi Celcom dan pada masa yang sama membolehkan Celcom mengoptimumkan kos dan menggunakan infrastrukturnya dengan cekap.

"Menerusi perjanjian ini, tapak LTE tambahan disediakan oleh TM di seluruh negara, dengan tumpuan khusus untuk Putrajaya, Lembah Klang, Johor Baharu, Pahang, Terengganu dan Kelantan yang akan menggunakan gentian optik.

"Ini akan menampung sokongan luas dan besar kapasiti lebar jalur untuk tempoh 10 tahun," katanya.

Langkah ini adalah selari dengan syarat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kepada penyedia perkhidmatan dalam negara supaya mempunyai rangkaian sokongan untuk penawaran LTE dan penggunaan gentian optik, dalam tempoh dua tahun.

- BERNAMA

57 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »