Khamis, 23 April 2015 | 1:30am
KERETA yang disamun ditemui di kawasan tempat letak kereta di sebuah hotel di Jalan Iskandar, Ipoh.
KERETA yang disamun ditemui di kawasan tempat letak kereta di sebuah hotel di Jalan Iskandar, Ipoh.
KERETA yang remuk ditinggalkan di tepi jalan di lokasi berhampiran hutan dalam keadaan tayar pecah.
KERETA yang remuk ditinggalkan di tepi jalan di lokasi berhampiran hutan dalam keadaan tayar pecah.

Penjenayah samun 5 kereta ketika lari dari Cameron Highlands ke Ipoh

KERETA yang remuk ditinggalkan di tepi jalan.
KERETA yang remuk ditinggalkan di tepi jalan.

KUALA LUMPUR: Bagaikan filem aksi, sekumpulan enam penjenayah yang melarikan diri dalam dua kenderaan, bertindak menyamun lima kereta lain, sepanjang perjalanan dari Cameron Highlands, Pahang, ke Ipoh, Perak, petang kelmarin.

  Dalam kejadian bermula jam 3.30 petang itu, empat daripada mereka yang menaiki Toyota Alza yang dipercayai disamun di Muar, Johor, terbabas di tepi Jalan Blue Valley, sebelum bertindak menahan dan menyamun sebuah Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki.

  Keempat-empat suspek terbabit yang bersenjatakan parang dan pistol mainan kemudian dilaporkan melanggar sebuah lagi Toyota Hilux sebelum meninggalkan kereta yang disamun di Blue Valley dan melarikan diri menggunakan kenderaan yang dilanggar.

  Sumber berkata, pada masa sama, dua lagi rakan penjenayah terbabit yang menaiki Proton Gen-2 yang dilaporkan hilang di Sitiawan, Perak, tiba bagi membantu empat rakan mereka yang baru menyamun Toyota Hilux kedua.

KERETA yang disamun ditinggalkan di kawasan sempadan antara Cameron Highlands-Ipoh.
KERETA yang disamun ditinggalkan di kawasan sempadan antara Cameron Highlands-Ipoh.

  "Semasa tiba di kawasan sempadan antara Cameron Highlands-Ipoh, empat suspek terbabit melanggar pula sebuah lagi Toyota Hilux milik Jabatan Perhutanan, sebelum menyamun kenderaan berkenaan dan meninggalkan kereta kedua yang disamun di lokasi berkenaan.

  "Dengan Toyota Hilux milik Jabatan Perhutanan, suspek bertindak melanggar pula sebuah kereta mewah jenis Mercedes dan meninggalkan Toyota Hilux milik Jabatan Perhutanan di lokasi berkenaan sebelum melarikan diri ke arah Ipoh," katanya.

  Sumber itu berkata, dua lagi suspek yang menaiki Proton Gen-2 kemudian melanggar dan menyamun sebuah lagi kereta Mercedes.

  "Salah satu dari kenderaan berkenaan kemudian dikesan di Jalan Kampar, Ipoh, oleh anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV) namun hilang selepas cuba dikejar.

  "Bagaimanapun pada jam 6.30 petang hari sama, kedua-dua kereta Mercedes itu ditemui, satu di kawasan tempat letak kereta di sebuah hotel di Jalan Iskandar dan satu lagi di satu lokasi berhampiran hutan dalam keadaan tayar pecah," katanya.

  Setakat ini pihak polis masih menjalankan siasatan terperinci mengenai motif utama penjenayah terbabit yang dipercayai melarikan diri dengan kenderaan lain.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X