Sabtu, 25 April 2015 | 8:25am

Wan Azizah tiba di pusat penamaan calon

PRESIDEN PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) diumumkan sebagai calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh di majlis pengumuman calon PKR, di SPArena, Seberang Jaya, Pulau Pinang. - Foto Ramdzan Masiam

BUKIT MERTAJAM: Calon PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Berapit di sini, kira-kira jam 8.13 pagi tadi.

Beliau diiringi pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang antaranya Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu, menolak petisyen pengampunan diraja Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus menyebabkan ketua pembangkang itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

BN mempertaruhkan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin, 43, sebagai calon.

Berita Harian X