Sabtu, 25 April 2015 | 8:41am
PRESIDEN PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri) berkata sesuatu kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebelum diumumkan sebagai calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh di majlis pengumuman calon PKR di SPArena, Seberang Jaya di Pulau Pinang. - Foto Danial Saad

Wan Azizah minta maaf kepada PAS Permatang Pauh - Mat Sabu

SEBERANG JAYA: Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah memohon maaf kepada PAS Permatang Pauh, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Permohonan maaf Wan Azizah itu dipercayai berkaitan perselisihan berhubung isu hudud sehingga PAS Permatang Pauh memberi kata dua kepada PKR untuk berbuat demikian atau tidak menyokong jentera kempen pakatan pembangkang.

Berucap pada majlis penamaan calon PKR malam tadi, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata permohonan maaf Wan Azizah itu dizahirkan ketika beliau mengadakan pertemuan tertutup bersama kepimpinan PAS kawasan berkenaan.

"Wan Azizah sudah mengadakan perjumpaan bersama mereka (pemimpin PAS Permatang Pauh) di sebuah hotel berdekatan, petang tadi (semalam).

"Mereka juga ada berbincang mengenai kerjasama PAS Permatang Pauh sepanjang PRK nanti," katanya.

Berita Harian X