Isnin, 27 April 2015 | 10:55am

Khairy umum keputusan doping Chong Wei petang ini

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. - Foto Osman Adnan
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. - Foto Osman Adnan

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan mengadakan sidang akhbar tergempar berhubung masa depan Datuk Lee Chong Wei di pejabatnya di Kementerian Belia dan Sukan jam 3 petang ini.

Difahamkan, sidang media berkenaan hampir pasti berhubung keputusan sesi pendengaran Chong Wei yang gagal dalam ujian antidoping ketika beraksi pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lalu.

Chong Wei yang juga bekas pemain nombor satu dunia akan turut hadir pada sidang media itu.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X