Isnin, 27 April 2015 | 4:44pm

Chong Wei lega bebas beraksi mulai 1 Mei ini

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (kiri) bersama jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohamad Norza Zakaria (kanan) bergambar selepas sidang media di Putrajaya, sebentar tadi. Chong Wei lega selepas digantung lapan bulan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berikutan didapati bersalah menggunakan bahan terlarang ketika Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lalu. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA: Jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menjadi individu paling lega selepas hanya digantung lapan bulan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), hari ini.

Chong Wei didapati bersalah menggunakan bahan terlarang jenis dexamethasone ketika Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lalu boleh dikenakan penggantungan hingga dua tahun.

Namun keputusan dikeluarkan BWF, hari ini menyaksikan pemain berusia 33 tahun itu hanya dikenakan penggantungan selama lapan bulan berkuatkuasa 30 Ogos 2014 dan berakhir 30 April 2015 iaitu Khamis ini.

Dengan perkembangan terbaharu itu, ia membolehkan Chong Wei kembali menjadi harapan negara untuk memburu pingat emas di Sukan Olimpik 2016 di Rio.

"Sudah tentu saya berasa cukup lega. Saya menerima keputusan ini.

"Saya akan menilai semula dan mungkin kembali kuat secara mental untuk menghadapi kejohanan-kejohanan akan datang," kata Chong Wei pada sidang media, di sini, sebentar tadi. - Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X