Selasa, 28 April 2015 | 12:05am
REKAAN kreatif ditonjolkan ketika pertunjukan fesyen Resort Wear, Noor Arfabatik Daramera sempena Hari Kraftangan Kebangsaan 2015. - Foto Rohanis Shukri
PENGGIAT seni fesyen tempatan meluahkan ilham kreatif pada rekaan masing-masing. - Foto Rohanis Shukri
KEHALUSAN teknik batik blok memperjelaskan imej eksklusif koleksi Resort Wear. - Foto Rohanis Shukri
PERAGAWATI menggayakan fesyen koleksi Resort Wear. - Foto Rohanis Shukri
GABUNGAN rona warna cerah menimbulkan imej santai. - Foto Rohanis Shukri
ANTARA rekaan Resort Wear yang selesa dan menawan. - Foto Rohanis Shukri
SENTUHAN Resort Wear oleh Uniqraft Works Rodziah Yusof. - Foto Rohanis Shukri
PELBAGAI gaya namun masih sesuai dipakai untuk setiap peringkat usia biarpun dalam suasana bercuti. - Foto Rohanis Shukri
PERAGAWAN menggayakan ciptaan Resort Wear oleh Uniqraft Works Rodziah Yusof. -
WARNA cerah menjadi tarikan sewaktu pertunjukan fesyen Resort Wear. Foto Rohanis Shukri
BARISAN pereka yang menjayakan pertunjukan fesyen Resort Wear. Foto Rohanis Shukri
KESEGARAN rekaan Resort Wear diperlihatkan menerusi potongan dan mainan warna. Foto Rohanis Shukri

Ilham gaya percutian

TERAPAN ilusi potongan longgar diketengahkan menerusi koleksi Resort Wear. - Foto Rohanis Shukri

KEKALKAN penampilan anggun, kreatif dan unik biarpun dalam gaya sederhana serta suasana bercuti di hujung minggu.

Justeru, sempena Hari Kraftangan Kebangsaan 2015, siri persembahan fesyen berkonsepkan Resort Wear giat diketengahkan pereka dan usahawan tempatan bagi memberikan kelainan terhadap imej santai.

Membuka landasan baharu dalam perkembangan industri fesyen tempatan, rekaan kreatif menggunakan teknik batik dan fabrik warisan turut menjadi penghias utama setiap koleksi dibawa.

Persembahan fesyen 'Business to Business' (B to B) itu turut dijadikan sebagai landasan meluaskan pasaran produk, khusus dalam kalangan pembekal, pereka dan usahawan terbabit dalam industri itu.

PERTUNJUKAN fesyen Resort Wear, Noor Arfabatik Daramera sempena Hari Kraftangan Kebangsaan 2015. - Foto Rohanis Shukri

Kesegaran konsep

Pereka Kraftangan Malaysia, Rodziah Md Yusoff, berkata kelainan tema Resort Wear menjadi landasan kepada penggiat seni fesyen tempatan meluahkan ilham kreatif yang tersembunyi.

Menyelitkan sentuhan teknik tradisional, katanya, ia juga membuka ruang kepada pereka dan pengusaha tekstil bergabung tenaga menghasilkan produk fesyen mengikut cita rasa terkini.

"Kraftangan Malaysia sentiasa mencari kelainan untuk meningkatkan permintaan dan pasaran produk fesyen tempatan.

"Oleh itu, tema Resort Wear dipilih untuk memberikan kesegaran konsep dan cita rasa lebih mencabar buat penggemar fesyen, sekali gus menyuntik pasaran fesyen moden kontemporari," katanya.

Persembahan fesyen B to B berlangsung selama tiga itu membariskan hampir 30 pasangan pereka dan usahawan yang bergiat aktif dalam memberikan promosi terhadap perkembangan industri tekstil tempatan.

Program itu turut mendapat bimbingan daripada pereka terkenal, Datuk Radzuan Radziwill.

KOLEKSI Resort Wear sering dikaitkan dengan motif dan elemen santai. - Foto Rohanis Shukri

Mainan warna

Dalam persembahan acara itu, Rodziah berganding dengan Unicraft Works untuk mengetengahkan rekaan lebih kasual yang kekal menarik menerusi koleksi motif dan mainan warna diterapkan.

"Himpunan koleksi Resort Wear sering dikaitkan dengan motif dan elemen santai, ceria dan bergaya pantai. Jadi, menggunakan kehalusan teknik batik blok, koleksi ini memperjelaskan imej eksklusif biarpun bersantai," katanya.

Sementara itu, menghimpunkan koleksi santai bertemakan Nomad Rector, gandingan pereka Daramera dan pengusaha tekstil, Noor Arfa Holiding Sdn Bhd, kreativiti ilham dipersembahkan bukan saja memukau tetapi menyuntik kesegaran imej hujung minggu.

Pemilik Daramera, Abid Shamsuddin berkata rekaan itu menterjemahkan penampilan nomad dikenali dengan imej berpakaian longgar dan selesa.

"Terapan ilusi potongan longgar diketengahkan untuk koleksi ini, ditambahkan keunikannya menerusi mainan motif batik.

"Teknik itu memberikan ilusi sebaran warna cukup halus, namun memberikan hasil yang lebih unik dan moden buat gaya pemakaian Resort Wear," katanya.

Abid berkata, gabungan rekaan kasual bermain dengan warna ceria sepanjang musim bersesuaian dengan tujuan pemakaiannya, memberikan kelainan pada imej wanita dan lelaki ketika keluar melancong. Mainan rona kelabu, merah dan coklat menimbulkan imej santai, sekali gus menghidupkan lagi suasana sepanjang bercuti.

Rekaan koleksi Nomad Rector dengan penampilan longgar dan mudah suai padan menambahkan kreativiti penampilan sepanjang berada di kawasan percutian.

SKIRT pendek turut menjadi sebahagian daripada rekaan Resort Wear. - Foto Rohanis Shukri

Keindahan teknik dan potongan

Pasangan pereka, Aida Zulkaffli dan pengusaha Batik Innaza, Inna Mumtahanah Azis, kedua-duanya menggunakan keindahan teknik ikat celup serta motif batik sebagai tarikan utama koleksi bertemakan Shizen No Rizumu A Rhythm of Nature yang diketengahkan.

Mengangkat kreativiti penampilan teknik dan fabrik warisan, mereka mengakui kombinasi unik itu dapat melahirkan idea kreatif segar untuk memikat generasi muda.

"Kami cuba gandingkan keunikan antara teknik dan motif untuk memberikan kelainan koleksi yang sering diketengahkan. Menggunakan palet warna moden seperti marsala, hijau, biru titanium dan lavender, koleksi ini dapat dipadankan sebagai persalinan pelbagai fungsi. Helaian diketengahkan boleh tampil untuk imej moden, kasual dan santai mengikut kreativiti pemakai sendiri," katanya.

Pementasan fesyen turut dimeriahkan dengan barisan koleksi kreatif daripada pasangan pereka dan pengusaha lain seperti Jarome & Hazel Hisham bergandingan dengan De Art Craft.

Kedua-dua penggiat seni ini memilih tema pemakaian yang cukup klasik, namun kesegaran rekaan jelas diperlihatkan menerusi potongan dan mainan warna.

Penampilan model dalam rekaan gaun batik rona ceria bukan saja menghidupkan lagi suasana percutian tetapi kekal anggun dalam setiap helaian yang cukup unik itu.

Berita Harian X