Khamis, 30 April 2015 | 8:37pm

Julie Dahlan meninggal dunia


JULIE Dahlan yang menderita sakit buah pinggang tahap kronik, meninggal dunia di Hospital Ampang di sini 7.30 malam tadi.

KUALA LUMPUR: Penerbit filem terkenal, Julie Dahlan yang menderita sakit buah pinggang tahap kronik, meninggal dunia di Hospital Ampang di sini 7.30 malam tadi.

Julie, 62, atau nama sebenarnya, Junaidah Dahlan menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah buah pinggang.

Keadaan beliau makin serius sejak setahun lalu hingga perlu melakukan rawatan dialisis tiga kali seminggu.

Berita Harian X