Isnin, 8 September 2014 | 4:45pm
KEPUASAN yang terpancar di wajah bintang AS, Serena Williams ketika memeluk trofi Terbuka AS yang dimenanginya selepas menewaskan Caroline Wozniacki di pentas final.
KEPUASAN yang terpancar di wajah bintang AS, Serena Williams ketika memeluk trofi Terbuka AS yang dimenanginya selepas menewaskan Caroline Wozniacki di pentas final.

Serena mula intai gelaran ke-19

NEW YORK: Tiga jam selepas merangkul kejuaraan ke-18 gelaran Grand Slam hasil kejayaan menjuarai Terbuka Amerika Syarikat (AS), pagi tadi, Serena Williams sudah membayangkan gelaran ke-19.

Bintang AS itu memenangi kejuaraan ketiga berturut-turut Terbuka AS selepas menewaskan bintang Denmark, Caroline Wozniacki 6-3 6-3 di final untuk menyamai rekod 18 kemenangan dimiliki legenda, Chris Evert dan Martina Navratilova.

Dan hanya beberapa jam selepas kejayaan itu, pemain nombor satu dunia itu mengakui sudah mula memikirkan gelaran ke-19 dan menyamai rekod pemain ketiga terbanyak memenangi Grand Slam milik Helen Wills Moody.

"Saya memikirkan mengenai 19," kata Williams. "Belumpun tiga jam (selepas memenangi perlawanan) dan saya sudah pun bercakap mengenai 19. Oh, nasib baik ia bukan 22.

"Saya akan mengambil pendekatan satu demi satu," katanya.

SERENA Williams (tengah) diapit dua legenda, Martina Navratilova (kiri) dan Chris Evert ketika majlis penyerahan hadiah selepas pemain AS itu memenangi gelaran Grand Slam ke-18 miliknya dengan memenangi Terbuka AS.
SERENA Williams (tengah) diapit dua legenda, Martina Navratilova (kiri) dan Chris Evert ketika majlis penyerahan hadiah selepas pemain AS itu memenangi gelaran Grand Slam ke-18 miliknya dengan memenangi Terbuka AS.

Williams yang akan menyambut hari kelahirannya yang ke-33 bulan ini menyuarakan rancangannya dengan jelas lebih banyak gelaran Grand Slam yang sedang diburunya.

Moody yang ketika ini memiliki 19 gelaran, adalah sasaran Serena seterusnya sebelum cuba memecah rekod milik Steffi Graf (22) dan legenda, Margaret Court yang mempunyai 24 gelaran di tempat teratas.

"Saya tidak pernah bermimpi yang saya mampu menjadi setaraf Chris Evert atau Martina Navratilova kerana saya hanyalah seorang budak dengan impian dan raket. Membesar di Compton, ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Dan ini hanyalah permulaan, bukan penamatnya. Saya mahu melakukannya dengan amat baik dan saya mencintai permainan ini.

"Tujuan saya bermain ialah untuk duduk pada hari terakhir kejohanan dan memegang atau berdiri dan memegang trofi. Bagi saya ia satu nikmat."

Begitupun, sebelum melangkah ke final, tiada siapa yang menjangka Serena mampu menampak gelaran Grand Slam miliknya musim ini.

AKSI bintang AS, Serena Williams ketika membalas pukulan Caroline Wozniacki pada perlawanan final Terbuka AS di New York.
AKSI bintang AS, Serena Williams ketika membalas pukulan Caroline Wozniacki pada perlawanan final Terbuka AS di New York.

Sebelum berjaya memenangi gelaran keenam dan ketiga berturut-turut Terbuka AS yang memanjangkan rekod kemenangan kepada 62 perlawanan tanpa kalah di kejohanan elit itu, Serena gagal mara ke peringkat 16 terakhir dalam tiga kejohanan Grand Slam tahun ini.

Lahir dan membesar di kawasan kejiranan terpencil minoriti kulit hitam di Los Angeles, Serena bangkit menjadi salah seorang bintang paling berjaya dalam tenis namun masih menggambarkan dirinya sebagai wanita yang 'sebderhana'.

Dan bagi sesiapa yang pernah berdepan dengannya di dalam gelanggang, Serena dianggap sesuatu yang menakjubkan.

"Saya tidak percaya bakat boleh mengalahkan sesiapa saja," kata Wozniacki, yang meminta nasihat daripada rakan baiknya, Serena selepas perpisahannya dengan bintang golf, Rory McIlroy.

"Dia (Serena) bekerja dengan keras setiap hari, seperti kita juga namun apabila dia perlu melakukan sesuatu yang hebat, dia mempunyai kekuatan." - REUTERS

Biodata

Serena Williams

Tarikh Lahir: 26 September 1981

Usia:32 tahun

Asal: Saginaw, Michigan, Amerika Syarikat

Tinggi: 1.75 meter

Muncul pro: 24 September 1995

Jumlah wang kemenangan keseluruhan: US $60,897,689 (RM193,192,782.43)

Ranking Dunia:1

Kejuaraan WTA: 63

Gelaran Grand Slam: 18

- Terbuka Australia (2003, 2005, 2007, 2009, 2010)

- Terbuka Perancis (2002, 2013)

- Wimbledon (2002, 2003, 2009, 2010, 2012)

- Terbuka AS (1999, 2002, 2008, 2012, 2013, 2014)

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X