Jumaat, 1 Mei 2015 | 2:54pm

Kumpulan Bantah GST mula berkumpul, jalan sesak

PESERTA perhimpunan berkumpul di atas jalan raya pada Perhimpuan Bantah GST di Dataran Merdeka. - Foto Khairull Azry Bidin

KUALA LUMPUR: Tindakan peserta perhimpunan 'Bantah GST' berkumpul di sepanjang Jalan Tun Perak serta Jalan Raja Laut, di sini hari ini mengundang masalah kepada ribuan pengguna jalan raya yang terpaksa berdepan kesesakan teruk ketika melalui jalan terbabit.

Peserta perhimpunan itu dilaporkan akan menuju ke beberapa kawasan himpunan termasuk di Dataran Merdeka dan Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) mula berhimpun sejak jam 2.30 petang lagi.

Di hadapan stesen LRT Masjid Jamek, dianggarkan seramai 2,000 peserta perhimpunan 'Bantah GST' berkumpul di sekitar Jalan Tun Perak, di hadapan Masjid Jamek, di sini sebaik selesai solat Jumaat tadi.

Setakat ini peserta terbabit dilaporkan sedang menunggu satu lagi kumpulan perarakan dari Masjid Negara untuk bergerak ke arah kawasan KLCC melalui Jalan Raja Laut sebelum bergerak ke Sogo.

Berita Harian X