Selasa, 9 September 2014 | 11:54am
Wan Noor Hayati Wan Alias (kanan) menerima Anugerah Media Cetak daripada Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Tan Sri Hasmy Agam, di Kuala Lumpur, sebentar tadi. - Foto BHOnline

Wartawan BH menang anugerah SUHAKAM

KUALA LUMPUR: Wartawan BH, Wan Noor Hayati Wan Alias memenangi Anugerah Media Cetak pada Majlis Anugerah Hak Asasi Manusia 2014, di sini, sebentar tadi.

Anugerah disampaikan oleh Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Hasmy Agam.

Wan Noor Hayati dipilih pemenang Anugerah Media Cetak susulan laporan pendedahan yang berjaya mengupas isu hak asasi manusia, antaranya hak orang ramai, hak golongan terjejas seperti kanak-kanak.

Antara isu yang didedahkannya ialah isu penyeludupan warga asing di Malaysia dan isu pencabulan hak kanak-kanak oleh Al-Arqam.

Sementara itu, anugerah individu dimenangi pengasas TENAGANITA, mendiang Dr Irene Fernandez; Anugerah Organisasi oleh Sarawak Women for Women Society; dan Anugerah Media Penyiaran dimenangi Stesen Radio BFM89.9.

Anugerah Entiti Perniagaan pula dimenangi DIB Coffees of Hawaii dan Projek Jiwa Murni, Markas Bersama Angkatan Tentera Malaysia memenangi Anugerah Agensi Kerajaan.

Seorang guru, Hafrulidzwan Mohd Isa dari SMK Taman Tun Dr Ismail pula memenangi Anugerah Khas.

Turut memenangi Anugerah Media Cetak ialah Elantiraian Perumal daripada The STAR.

62 dibaca
Berita Harian X