Ahad, 3 Mei 2015 | 10:46am

Pertabalan Sultan Perak bermula dengan Istiadat Meletak Kerja

SULTAN Perak, Sultan Nazrin Shah ( tengah ) mengaminkan doa setelah selesai bertitah untuk pengisytiharan Istiadat Meletak Kerja Pertabalan di Istana Iskandariah di sini. - Foto Supian Ahmad

KUALA KANGSAR: Istiadat pertabalan Sultan Perak ke-35 bermula secara rasmi hari ini menerusi pengisytiharan Istiadat Meletak Kerja Pertabalan di Istana Iskandariah di sini.

Pengisytiharan itu disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di hadapan Panca Persada yang terletak di perkarangan Istana Iskandariah.

Pengisytiharan itu dibuat kira-kira jam 9.50 pagi disusuli dengan bacaan doa oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Sebaik selesai bacaan doa, paluan nobat dilakukan serentak dengan tembakan meriam sebanyak 17 das.

Istiadat Meletak Kerja itu diakhiri dengan majlis kenduri arwah disertai kerabat diraja, pembesar negeri dan orang kenamaan.

Berita Harian X