Isnin, 4 Mei 2015 | 11:55am

Sultan Nazrin lancar Pameran Koleksi Gambar baginda


SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan pelancaran Pameran Koleksi Gambar,Setem Hari Pertama dan Hikayat Misa Melayu di Dewan Bandaran Ipoh, turut kelihatan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Ahmad Shabery Cheek serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir . - Foto Yahya Zainuddin

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berangkat ke Pameran Koleksi Gambar baginda bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV di Dewan Bandaran Ipoh di sini, pagi ini.

Baginda dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan menandatangani Buku Bergambar Menyusur Riwayat Sempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Perak XXXV sebelum masuk ke dewan pameran.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin Shah berkenan melancarkan Pameran Koleksi Gambar, Setem Hari Pertama dan Buku Hikayat Misa Melayu bersempena pertabalan baginda.

Pameran anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Jabatan Penerangan bermula hari ini hingga 4 Jun depan, akan dibuka kepada orang ramai dari 10 pagi hingga 7 malam setiap hari.

Terdapat 14 segmen pameran diketengah pada pameran itu, antaranya Mewarisi Takhta Kerajaan, Dunia Ilmu, Pelbagai Peranan dan Tanggungjawab serta Takhta Disandang Rakyat Disayang. - BERNAMA

Berita Harian X