Selasa, 5 Mei 2015 | 12:09am
REKAAN Jantique Radzuan Radziwill pada pertunjukan fesyen 'Resort Wear' sempena Hari Kraftangan Kebangsaan 2015. - Foto Rohanis Shukri.
REKAAN Jantique Radzuan Radziwill pada pertunjukan fesyen 'Resort Wear' sempena Hari Kraftangan Kebangsaan 2015. - Foto Rohanis Shukri.
JANTIQUE yang lebih menyerlahkan corak bunga mawar liar dan kemasan lukisan batik menggunakan tangan. - Foto Rohanis Shukri
JANTIQUE yang lebih menyerlahkan corak bunga mawar liar dan kemasan lukisan batik menggunakan tangan. - Foto Rohanis Shukri
PILIHAN jaket dan skirt bercorak bunga mawar tiga dimensi (3D) yang digabungkan dengan material moden seperti renda Perancis dan sifon, menyerlahkan cita rasa mewah ketika bercuti bersama rakan dan keluarga. - Foto Rohanis Shukri

ANTARA rekaan Jantique yang dihasilkan oleh Radzuan Radziwill. - Foto Rohanis Shukri
ANTARA rekaan Jantique yang dihasilkan oleh Radzuan Radziwill. - Foto Rohanis Shukri
RONA terang menjadi pilihan untuk menampakkan penampilan lebih bertenaga dan ceria. - Foto Rohanis Shukri.
RONA terang menjadi pilihan untuk menampakkan penampilan lebih bertenaga dan ceria. - Foto Rohanis Shukri.
SENTUHAN Radzuan Radziwill tampak begitu elegan. - Foto Rohanis Shukri
SENTUHAN Radzuan Radziwill tampak begitu elegan. - Foto Rohanis Shukri
PEREKA fesyen, Kashfi Zulkufli. - Foto Rohanis Shukri
PEREKA fesyen, Kashfi Zulkufli. - Foto Rohanis Shukri

Rona terang, aksesori ringkas serlah busana

RONA terang menjadi pilihan untuk menampakkan penampilan lebih bertenaga dan ceria. Dulu, kebanyakan busana sarat dengan perincian aksesori, kini pemilihan fabrik, warna menarik dan aksesori ringkas tetapi padat menjadi keutamaan.

Hasil rekaan itu dipertontonkan pada pertunjukan fesyen sempena sambutan Hari Kraf Kebangsaan yang diadakan di ibu negara, baru-baru ini.

Rekaan ditampilkan gaya ringkas dan santai tetapi dengan padanan warna terang bagi menggabungkan corak batik anggun tampak lebih eksklusif.

Lima pereka fesyen memaparkan koleksi masing-masing ialah Datuk Radzuan Radziwill, Suffian Tugiman, Nabella Erwani Zainal Abidin, Kashfi Zulkufli dan Mohd Nizar Manaf.

RADZUAN Radziwill bersama rekaannya. - Foto Rohanis Shukri
RADZUAN Radziwill bersama rekaannya. - Foto Rohanis Shukri

Sesuai setiap masa

Pereka fesyen tersohor, Radzuan, 45, mempersembahkan koleksi rekaan, Jantique yang lebih menyerlahkan corak bunga mawar liar dan kemasan lukisan batik menggunakan tangan.

Ia adalah ekspresi terbaik untuk menyerlahkan gaya mewah, namun bersederhana dengan kemasan ringkas dan aksesori tidak sarat.

Pilihan jaket dan skirt bercorak bunga mawar tiga dimensi (3D) yang digabungkan dengan material moden seperti renda Perancis dan sifon, menyerlahkan cita rasa mewah ketika bercuti bersama rakan serta keluarga.

Radzuan berkata, koleksi santai rekaannya itu boleh dikekalkan sebagai gaya harian kerana corak bunga mawar tidak terhad untuk satu musim saja.

"Anak muda kurang gemar mengikuti musim seperti luar negara dan sentiasa mahukan fesyen yang sesuai untuk setiap masa. Jadi, saya mengambil inisiatif menghasilkan rekaan yang boleh dipakai untuk tempoh lama. Bukan saja ketika bercuti, namun ia juga sesuai digayakan ketika keluar bersama keluarga dan kenalan rapat," katanya.

PEREKA fesyen, Suffian Tugiman. - Foto Rohanis Shukri
PEREKA fesyen, Suffian Tugiman. - Foto Rohanis Shukri

Corak satu sisi

Rekaan Suffian, 28, pula memberi kelainan apabila corak batik dicetak pada satu sisi pakaian saja. Katanya, corak batik akan lebih menyerlah apabila digabungkan dengan warna fabrik terang.

"Gabungan warna berani seperti ungu, merah jambu dan oren pada koleksi ini menyerlahkan penampilan pemakai memperlihatkan lain daripada yang lain.

"Lazimnya, corak batik agak sarat tetapi saya mengambil ilham ini untuk menghasilkan rekaan bercorak satu sisi supaya corak itu dapat lebih difokuskan," katanya.

Menggunakan potongan ringkas tetapi eksklusif, Suffian mahu menarik anak muda mencintai busana berunsur batik untuk mengelakkan warisan negara.

 REKAAN Jantique Radzuan Radziwill. - Foto Rohanis Shukri
REKAAN Jantique Radzuan Radziwill. - Foto Rohanis Shukri

Mudah digayakan

Memiliki cita rasa sama, rekaan Nabella Erwani, 30, dengan label BellaLaBelle turut menggunakan warna terang seperti ungu, merah dan firus.

Untuk kelainan, Nabella mencetak batik pada fabrik rekaannya, sekali gus memperlihatkan koleksi moden kontemporari.

"Saya banyak menggunakan potongan moden supaya disesuaikan pelbagai gaya. Ia selesa dan penampilan nampak berbeza," katanya.

Sementara itu, Kashfi, 27, melalui rekaan Belezza mencipta sesuatu yang baharu dengan menyediakan busana lengkap daripada hujung rambut hingga kaki.

Beliau tampil dengan rekaan santai bercorak batik yang lengkap dengan aksesori tambahan bagi memberi kemudahan dan keselesaan berganda.

"Ramai yang bingung mencari gaya sesuai kerana rekaan terhad dan kurang sesuai untuk semua majlis. Saya reka koleksi batik kontemporari tetapi menyerlahkan khazanah asli Malaysia," katanya.

Seni geometri

Mohd Nizar, 38, pula menampilkan Benua Clothing iaitu gabungan corak seni geometri inspirasi budaya arkitek dan menjadi inti pati pada koleksi kali ini.

Beliau mengetengahkan corak unik hitam putih ini untuk lelaki masa kini yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja dan hal peribadi.

"Rekaan ringkas dan padat dengan corak geometri yang mudah diterima masyarakat dan sudah menjadi pilihan ramai sejak bertahun lamanya," katanya.

Berita Harian X