Selasa, 5 Mei 2015 | 8:32am

Ketepi sentimen, taksub jika mahu pembaharuan

Pengundi Permatang Pauh sekali lagi diamanahkan untuk mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Khamis ini untuk memilih wakil rakyat bagi mewakili mereka di Parlimen berikutan penyandangnya hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen. Sebelum ini, pengundi pernah menghadapi PRK pada tahun 2008, selepas PRU-12, kerana penyandangnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, meletakkan jawatan.

Suami beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi laluan untuk bertanding bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut. Kali ini menyaksikan pertandingan antara Wan Azizah, 62, mewakili pakatan pembangkang, Suhaimi Sabudin, 43, mewakili BN, Azman Shah Othman, 50, mewakili PRM dan Salleh Ishak, 53, calon Bebas. Tinjauan awal menunjukkan ramai pengundi kecewa, malah tidak puas hati pemilihan calon pembangkang.

Mereka tidak puas hati bukan terhadap Wan Azizah kerana beliau pernah dipilih sebagai wakil rakyat pada tahun 1999, 2004 dan 2008 dan pernah melepaskan jawatan wakil rakyat pada 31 Julai 2008 untuk memberi laluan kepada Anwar dengan alasan ingin menghabiskan lebih masa menjaga cucu.

Namun, Wan Azizah dicalonkan semula. Beliau tidak banyak membantu menyelesai masalah masyarakat tempatan malah lebih menghabiskan masa di Kuala Lumpur untuk menangani isu yang dihadapi Anwar. Malah, Wan Azizah sudah pun dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Selangor pada 2014, negeri yang ditadbir pembangkang.

Pembangkang canang isu GST

Lawannya dari BN, Suhaimi bukan sahaja muka baharu tetapi seorang anak muda tempatan yang pernah belajar di Sekolah Kebangsaan Guar Perahu dan Sekolah Menengah Penanti, berkelayakan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Perumahan, Pembangunan dan Perancangan), USM. Beliau kini Pengarah Urusan syarikat pembinaan.

Memandangkan ramai pengundi Permatang Pauh berpendapatan rendah dan kurang faham matlamat sebenar GST, pembangkang guna GST sebagai isu utama untuk menimbulkan kemarahan terhadap BN. Berbeza dengan BN yang menjalankan kempen berteraskan 'tradisi membela kepentingan rakyat.'

Menurut Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, BN sudah ada sasaran dan jentera digerak untuk mencapainya. Malah, berdasarkan sentimen dan mood pengundi, beliau yakin BN akan dapat 63 peratus sokongan pengundi Melayu, 55 peratus (pengundi India) dan hampir 20 peratus sokongan pengundi Cina. Jangkaan Zahid dilihat diakui pembangkang kerana Ketua Menteri Pulau Pinang dan tokoh utama pembangkang, Lim Guan Eng, membuat kenyataan menyifatkan pertandingan kali ini 'do or die' bagi mereka.

Parlimen Permatang Pauh terdiri daripada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti. Pengundi berdaftar Permatang Pauh adalah 77,890 orang termasuk pengundi Melayu sebanyak 55,301 (71.35 peratus), pengundi Cina 17,914 (23.9 peratus) dan pengundi India, 4,128.17 (5.3 peratus).

Pengundi Permatang Pauh ada dua pilihan, sama ada memberi ruang untuk emosi dan sentimen atau ingin pembaharuan bagi menjamin masa depan mereka. Sudah sampai masa bagi pengundi Permatang Pauh lebih praktikal dan keluar daripada pemikiran taksub dan bijak memilih wakil mereka.

Protes senyap Pemuda PAS

Persoalan bagi mereka tanpa mengira kaum dan parti adalah apakah mereka seharusnya memilih seorang yang pernah kecewakan mereka, bukan anak tempatan, malah gagal membela kepentingan mereka apabila dipilih sebagai wakil ataupun memilih muka baharu yang dinamik, berpelajaran tinggi dan anak tempatan? Apakah pengundi Permatang Pauh akan memilih calon yang menolak pengundi Permatang Pauh suatu ketika dan seorang yang sudah pun menjadi wakil DUN?

Pemuda PAS Pulau Pinang sudah meluahkan kekecewaan terhadap calon pembangkang selaku Presiden PKR, beliau tidak mengarah wakil parti PKR menyokong usaha PAS membentang usul pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dan Parlimen. Malah, menyokong pendirian DAP dalam hal menyelar dan mengutuk Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang. Pemuda PAS yang menjadi jentera utama kempen pakatan pembangkang kali ini dilihat menzahirkan protes secara senyap terhadap calon PKR.

Pada masa yang sama, ada ahli dan penyokong setia PAS di akar umbi tidak senang hati terhadap poster calon PKR yang memaparkan gambar wajah Hadi dengan wajah Guan Eng yang bukan sahaja mengutuk PAS dan Presiden PAS tetapi mengumumkan bahawa DAP telah putus hubungan dengan Presiden PAS dan tidak akan bekerjasama bawah pimpinan Hadi. Pada masa sama, ada pengundi merungut bahawa walaupun tiga DUN Parlimen Permatang Pauh dikuasai pembangkang dalam PRU-13, tiga kawasan tersebut kurang dapat perhatian kerajaan DAP.

Oleh itu, sebahagian pengundi Permatang Pauh khususnya pengundi di DUN Permatang Pasir menunjukkan keinginan untuk memilih wakil BN. Pengundi muda umumnya suka buat sesuatu luar kebiasaan dengan menyokong calon anak tempatan.Pengundi Permatang Pauh sekali lagi diamanahkan untuk mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Khamis ini untuk memilih wakil rakyat bagi mewakili mereka di Parlimen berikutan penyandangnya hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen. Sebelum ini, pengundi pernah menghadapi PRK pada tahun 2008, selepas PRU-12, kerana penyandangnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, meletakkan jawatan.

Suami beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi laluan untuk bertanding bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut. Kali ini menyaksikan pertandingan antara Wan Azizah, 62, mewakili pakatan pembangkang, Suhaimi Sabudin, 43, mewakili BN, Azman Shah Othman, 50, mewakili PRM dan Salleh Ishak, 53, calon Bebas. Tinjauan awal menunjukkan ramai pengundi kecewa, malah tidak puas hati pemilihan calon pembangkang.

Mereka tidak puas hati bukan terhadap Wan Azizah kerana beliau pernah dipilih sebagai wakil rakyat pada tahun 1999, 2004 dan 2008 dan pernah melepaskan jawatan wakil rakyat pada 31 Julai 2008 untuk memberi laluan kepada Anwar dengan alasan ingin menghabiskan lebih masa menjaga cucu.

Namun, Wan Azizah dicalonkan semula. Beliau tidak banyak membantu menyelesai masalah masyarakat tempatan malah lebih menghabiskan masa di Kuala Lumpur untuk menangani isu yang dihadapi Anwar. Malah, Wan Azizah sudah pun dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Selangor pada 2014, negeri yang ditadbir pembangkang.

Pembangkang canang isu GST

Lawannya dari BN, Suhaimi bukan sahaja muka baharu tetapi seorang anak muda tempatan yang pernah belajar di Sekolah Kebangsaan Guar Perahu dan Sekolah Menengah Penanti, berkelayakan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Perumahan, Pembangunan dan Perancangan), USM. Beliau kini Pengarah Urusan syarikat pembinaan.

Memandangkan ramai pengundi Permatang Pauh berpendapatan rendah dan kurang faham matlamat sebenar GST, pembangkang guna GST sebagai isu utama untuk menimbulkan kemarahan terhadap BN. Berbeza dengan BN yang menjalankan kempen berteraskan 'tradisi membela kepentingan rakyat.'

Menurut Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, BN sudah ada sasaran dan jentera digerak untuk mencapainya. Malah, berdasarkan sentimen dan mood pengundi, beliau yakin BN akan dapat 63 peratus sokongan pengundi Melayu, 55 peratus (pengundi India) dan hampir 20 peratus sokongan pengundi Cina. Jangkaan Zahid dilihat diakui pembangkang kerana Ketua Menteri Pulau Pinang dan tokoh utama pembangkang, Lim Guan Eng, membuat kenyataan menyifatkan pertandingan kali ini 'do or die' bagi mereka.

Parlimen Permatang Pauh terdiri daripada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti. Pengundi berdaftar Permatang Pauh adalah 77,890 orang termasuk pengundi Melayu sebanyak 55,301 (71.35 peratus), pengundi Cina 17,914 (23.9 peratus) dan pengundi India, 4,128.17 (5.3 peratus).

Pengundi Permatang Pauh ada dua pilihan, sama ada memberi ruang untuk emosi dan sentimen atau ingin pembaharuan bagi menjamin masa depan mereka. Sudah sampai masa bagi pengundi Permatang Pauh lebih praktikal dan keluar daripada pemikiran taksub dan bijak memilih wakil mereka.

Protes senyap Pemuda PAS

Persoalan bagi mereka tanpa mengira kaum dan parti adalah apakah mereka seharusnya memilih seorang yang pernah kecewakan mereka, bukan anak tempatan, malah gagal membela kepentingan mereka apabila dipilih sebagai wakil ataupun memilih muka baharu yang dinamik, berpelajaran tinggi dan anak tempatan? Apakah pengundi Permatang Pauh akan memilih calon yang menolak pengundi Permatang Pauh suatu ketika dan seorang yang sudah pun menjadi wakil DUN?

Pemuda PAS Pulau Pinang sudah meluahkan kekecewaan terhadap calon pembangkang selaku Presiden PKR, beliau tidak mengarah wakil parti PKR menyokong usaha PAS membentang usul pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dan Parlimen. Malah, menyokong pendirian DAP dalam hal menyelar dan mengutuk Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang. Pemuda PAS yang menjadi jentera utama kempen pakatan pembangkang kali ini dilihat menzahirkan protes secara senyap terhadap calon PKR.

Pada masa yang sama, ada ahli dan penyokong setia PAS di akar umbi tidak senang hati terhadap poster calon PKR yang memaparkan gambar wajah Hadi dengan wajah Guan Eng yang bukan sahaja mengutuk PAS dan Presiden PAS tetapi mengumumkan bahawa DAP telah putus hubungan dengan Presiden PAS dan tidak akan bekerjasama bawah pimpinan Hadi. Pada masa sama, ada pengundi merungut bahawa walaupun tiga DUN Parlimen Permatang Pauh dikuasai pembangkang dalam PRU-13, tiga kawasan tersebut kurang dapat perhatian kerajaan DAP.

Oleh itu, sebahagian pengundi Permatang Pauh khususnya pengundi di DUN Permatang Pasir menunjukkan keinginan untuk memilih wakil BN. Pengundi muda umumnya suka buat sesuatu luar kebiasaan dengan menyokong calon anak tempatan.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X