Rabu, 6 Mei 2015 | 3:20pm
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Balairung Seri Istana Iskandariah Kuala Kangsar untuk istiadat pertabalan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak ke-35. - Foto Jabatan Penerangan

Najib ucap tahniah pertabalan Sultan Perak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah atas pertabalan baginda sebagai Sultan Perak ke-35.

"Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah atas pertabalan baginda sebagai Sultan Perak ke-35 hari ini.

"Semoga Perak Darul Ridzuan semakin maju serta dilimpahi rahmat Allah SWT. Daulat Tuanku," kata Najib dalam catatan terkini di laman Twitter dan Facebook beliau, Rabu.

Istiadat Tabal Adat pertabalan Sultan Perak Ke-35 berlangsung di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak pagi tadi, dalam suasana penuh tradisi dan adat resam Kesultanan Melayu Perak.

Istiadat pertabalan baginda turut menyaksikan Tuanku Zara Salim dimasyhurkan Gelaran Raja Permaisuri Perak. - BERNAMA

Berita Harian X